KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkenaan badan kehakiman negara ketika ini.
Tengku Maimun semalam menyatakan serangan yang dibuat terhadap hakim dan institusi tersebut disifatkan melampaui batas.
BACA: 'Serangan terhadap Hakim, badan kehakiman melampaui batas' - Tengku Maimun bersuara
Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan bersama mengingatkan bahawa dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan perlu “memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman”.
"Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa "apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan Badan Kehakiman agak keterlaluan".
"Majlis Presiden mengingatkan bahawa Perkara 4.1 di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan perlu “memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman”.
"Maka Pakatan Harapan mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan Badan Kehakiman.
"Oleh itu, kami menggesa agar Kerajaan Persekutuan memastikan MoU ini terus terlaksana dengan menjamin bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan Badan Kehakiman," jelasnya.
Pada masa sama, Majlis Presiden PH turut menyatakan Badan Kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara dan sistem demokrasi yang diterima dipercayai serta diyakini rakyat.
Pada Rabu, Tengku Maimun berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik, pada tahap tertentu, bebas untuk mengkritik, ia tidak bermakna mereka boleh melancarkan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu, bagi kepentingan mereka sendiri.
Menyedari terdapat banyak kes berprofil tinggi yang melibatkan kepentingan awam sedang dibicarakan di mahkamah, Tengku Maimun menambah, hakim dan badan kehakiman dijangka terdedah kepada kritikan dan tuduhan tidak berasas oleh mereka yang terkesan akibat keputusan mahkamah.
Keadaan itu akan berlaku terutamanya jika sesuatu keputusan perbicaraan itu tidak memihak kepada mereka, ujarnya.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Apr 28 2022

Majlis Presiden PH turut menyatakan Badan Kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara dan sistem demokrasi yang diterima dipercayai serta diyakini rakyat.

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Tawar wanita untuk dikahwini antara pendekatan tarik pembabitan anak muda dalam kumpulan radikal - GPM
Kebiasaanya anak muda yang sedang dalam proses mencari identiti lebih senang dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang sering memanipulasikan keadaan tersebut.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4445/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4545/4570 pada Rabu.

Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.

Ismail Sabri hilang majoriti jika PN tarik sokongan - Anthony Loke
PH masih belum memikirkan apa tindakan yang akan diambil sekiranya terjadi PN tarik balik sokongan terhadap kerajaan.

Kelvin Yii dipilih Ketua Pemuda PH baharu
Angkatan Muda Harapan mengumumkan barisan kepimpinan baharu sayap pemuda PH yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Kerajaan, PH setuju tiada lagi MoU baharu selepas ini - Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu dalam pertemuan baru-baru ini.

'Kurang menerobos desa' antara kelemahan PH - Anwar
Isu tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat pertama kepimpinan baharu parti itu dalam masa terdekat.

Rakyat sinis terhadap politik kerana isu rasuah, biadab dan zalim - Anwar
Manfaatkan sistem politik untuk bawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada negara, gesa Anwar.

10 pemimpin PH dipanggil Isnin ini
Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Kenyataan Tajuddin buktikan dakwaan Anwar Ibrahim selama ini benar - PKR
Kenyataan Tajuddin hari ini mengabsahkan ikhtiar Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.

Fahmi jangan hipokrit, pakaian dia pun mahal - Nazri
Mohamed Nazri juga menasihatkan Fahmi agar melihat juga almari pakaiannya kerana pakaian pemimpin PKR itu juga bukan murah dan berjenama.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.