Skip to main content

Malaysia

Lelaki ditahan cuba curi dalam pesawat

61770189851_HandcuffGari.jpg
Suspek ditahan bagi membantu siasatan, manakala semua barangan milik mangsa berjaya diperoleh semula. - Gambar hiasan
Advertisement

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki warga China kerana disyaki cuba mencuri dompet milik seorang penumpang ketika dalam penerbangan dari Jakarta, Indonesia ke Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun berhubung kejadian tersebut.

"Semasa penerbangan, lelaki Indonesia itu melihat suspek mengambil beg miliknya dari ruang simpanan di bahagian atas pesawat sebelum membuka beg berkenaan dan mengambil dompetnya.

"Lelaki itu sempat merakam kejadian tersebut sebelum memaklumkannya kepada kru pesawat dan suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan, manakala semua barangan milik mangsa berjaya diperoleh semula serta tiada kehilangan atau kerugian dilaporkan," katanya dalam kenyataan malam tadi

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement