Skip to main content

Sukan

Kuching City buka kempen ACL2, kalah tipis 1-2 kepada Phnom Penh Crown

FB Kuching City FC
Foto Facebook Kuching City FC
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kuching City FC memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim 2026/2027 dengan langkah kiri apabila tewas 1-2 kepada kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC dalam aksi Kumpulan H di Stadium Kebangsaan Morodok Techo, Kemboja, semalam.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang pada babak pertama dengan tiada jaringan dihasilkan.

Bagaimanapun, tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-55 menerusi Moses Dyer sebelum anak buah Aidil Sharin Sahak menyamakan kedudukan pada minit ke-73 melalui Adjin Mujagic.

Ketika perlawanan dijangka berakhir dengan keputusan seri, Dyer muncul wira Phnom Penh Crown apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk memastikan pasukannya meraih kemenangan 2-1.

Kuching City akan meneruskan saingan Kumpulan H dengan menentang kelab Hong Kong, Kitchee SC pada 15 Okt ini di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Satu lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan ialah Gangwon FC dari Korea Selatan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement