KUALA LUMPUR: Satu tinjauan pendapat mendedahkan bahawa majoriti kakitangan sumber manusia lebih suka model kerja hibrid yang fleksibel termasuklah bekerja dari rumah walaupun keseluruhan persekitaran perniagaan pada waktu ini kembali normal.
Sektor swasta di Malaysia harus menjadi peneraju dalam melaksanakan perubahan hala tuju budaya kerja hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan GKK Consultants Dr Gajendra Balasingham.
Ini lebih-lebih lagi di tengah-tengah mod pemulihan yang kukuh merentas semua sektor perniagaan pada separuh kedua 2022, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kira-kira 68 peratus daripada responden mahu meneruskan model kerja hibrid, 26 peratus lebih suka bekerja dari rumah dan sejumlah kecil enam peratus berpendapat bahawa kembali ke pejabat perlu dilaksanakan, menurut tinjauan yang dijalankan oleh perunding latihan GKK Consultants yang mempunyai pejabat di sembilan negara Asia.
Tinjauan ini meliputi 1,300 responden terdiri daripada pelanggan yang memegang jawatan pengurusan kanan, pengasas dan pengarah urusan syarikat, pakar sumber manusia dan pemerolehan bakat serta kakitangan kanan IT.
Responden berkata model hibrid, yang terhasil daripada pandemik COVID-19 dan yang membolehkan pasukan kakitangan bekerja dari rumah secara bergilir-gilir, juga sesuai dengan era teknologi semasa.
Gajendra berkata majikan di Malaysia harus meneruskan corak kerja hibrid yang fleksibel, dengan faedahnya jauh mengatasi begitu banyak halangan yang dihadapi pada masa ini, katanya.
Perubahan harus dibuat pada sistem kerja semasa dan kebanyakan pekerja sudah cukup dewasa dan tidak memerlukan banyak penyeliaan dengan pematuhan ketat terhadap waktu kerja, seperti sebelum ini.
Ramai pekerja yang telah berpengalaman dengan pendekatan kerja baharu beberapa tahun kebelakangan ini, kini mahukan fleksibiliti dan kemudahan yang lebih besar diteruskan.
Bagi enam peratus dalam tinjauan yang merasakan kakitangan perlu kembali ke pejabat berpendapat mereka mahu memantau secara fizikal dan menyelia pekerja di tempat kerja.
Jadual kerja hibrid membolehkan ramai pekerja menikmati penjimatan yang ketara dari segi masa berulang-alik dan tidak membuang masa yang berharga ketika terperangkap dalam trafik yang teruk, yang telah menjadi lebih buruk dan lebih-lebih lagi mengambil kira penggunaan petrol tambahan, inflasi yang meningkat dan perkara sampingan peribadi yang tidak terkawal.
Gajendra berkata majikan harus dapat menentukan dan memilih siapa yang layak menggunakan pendekatan kerja hibrid dan siapa yang harus bekerja dari pejabat, bergantung kepada kekananan setiap pekerja, kematangan mereka, etika kerja dan juga tuntutan kerja.
Pengurus Penyampaian Perkhidmatan Systal Technology Solutions Allyssa Ng, yang juga seorang ibu yang bekerja, menyokong penuh bekerja dari rumah kerana ia membolehkannya menjimatkan masa dan lebih produktif berbanding pergi ke pejabat.
Dr Justin Nevis, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wealth Vision Consulting, berkata beliau menyokong industri sektor swasta Malaysia untuk mengikuti persekitaran kerja hibrid.
"Pendekatan hibrid membolehkan kakitangan, terutamanya peringkat pengurusan pertengahan dan kanan, kekal produktif, sambil menikmati keseimbangan kerja dan kehidupan yang baik," katanya.
Sajiv Nair, Pengurus IT di Global Enterprise International Malaysia, yang juga sebahagian daripada Singtel Group, berkata modul kerja hibrid akan menggalakkan semua orang bekerja secara berdikari semasa di rumah dan kerja berpasukan boleh dipupuk apabila orang ramai hadir secara fizikal di pejabat.
Gajendra berkata dengan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar, pekerja lebih berhati-hati untuk mengekalkan kerja mereka, bekerja dengan lebih cekap dan juga dengan produktiviti yang lebih baik, walaupun kadang-kadang ia melibatkan kehidupan keluarga mereka.
"Benarkan pekerja bahagian hadapan dan bawahan kembali ke pejabat sepenuh masa, manakala pengurusan peringkat pertengahan dan kanan mengikut corak kerja hibrid," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Satu tinjauan pendapat mendedahkan bahawa majoriti kakitangan sumber manusia lebih suka model kerja hibrid yang fleksibel termasuklah bekerja dari rumah walaupun keseluruhan persekitaran perniagaan pada waktu ini kembali normal. - Gambar hiasan
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong
Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik.
Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Pemerintah Indonesia komited jadikan Bali nadi pelancongan negara
UNWTO mengiktiraf kawasan pelancongan berkenaan sebagai antara yang terbaik di dunia bagi tahun ini.
AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
BSSM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
Majoriti kakitangan sumber manusia lebih suka sistem kerja hibrid
Sektor swasta di Malaysia harus menjadi peneraju dalam melaksanakan perubahan hala tuju budaya kerja hari ini.