awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti pelajar universiti tidak rasa tertekan jalani PdP dalam talian - Noraini

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2021
07:09 MYT
Majoriti pelajar universiti tidak rasa tertekan jalani PdP dalam talian - Noraini
Menurut Noraini, kajian itu turut disertai Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). - Gambar fail/Facebook Noraini Ahmad
KUALA LUMPUR: Dapatan awal Kajian Kualiti Pengajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID-19 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia mendapati 78.4 peratus pelajar tidak berasa tertekan dengan kaedah pembelajaran PdP dalam talian.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kajian yang bermula 15 November tahun lalu itu kini di peringkat akhir.
"Dapatan kajian ini akan digunakan oleh KPT, untuk menghasilkan satu Whitepaper on The Future of Online Learning in Higher Education.
"Ia bakal membantu institusi menambah baik pelaksanaan dan kualiti pembelajaran dalam talian, dan ia dijangka akan diterbitkan pada November 2021," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Dewan Rakyat | Majoriti pelajar universiti tidak rasa tertekan
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Mohd Hatta Md Ramli (PH-Lumut) yang bertanyakan sama ada KPT ada menjalankan kajian berkenaan kesan pembelajaran online terhadap kualiti graduan dan kadar pengangguran sewaktu pandemik ini.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, kajian itu turut disertai Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Tambah beliau, sebahagian daripada dapatan awal kajian menunjukkan bahawa 92.82 peratus IPT di Malaysia mempunyai Learning Management System (LMS).
Daripada jumlah tersebut, 62.2 peratus IPT membangunkan LMS secara sendiri dan selebihnya menggunakan perkhidmatan dari luar institusi.
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#noraini ahmad
#pdp
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan