awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan tempatan antara tumpuan promosi VMY2020

Bernama
Bernama
20/11/2019
00:58 MYT
Makanan tempatan antara tumpuan promosi VMY2020
Melihat kepada kelebihan yang dimiliki Malaysia dari segi penawaran produk makanan tempatan, penjualan menerusi gastronomi antara perkara yang akan diberi tumpuan oleh Tourism Malaysia. - Gambar hiasan
Variasi makanan tempatan menjadi antara tumpuan promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020), kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.
Beliau berkata sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik, Malaysia memiliki kelebihan kepelbagaian makanan yang boleh diperkenalkan kepada pelancong.
"Melihat kepada kelebihan yang dimiliki Malaysia dari segi penawaran produk makanan tempatan, penjualan menerusi gastronomi antara perkara yang Tourism Malaysia akan beri tumpuan untuk promosi VMY2020," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran promosi makanan Malaysia oleh 15 pengusaha hotel dan restoran Langkawi di Aseania Resort Langkawi di sini malam tadi.
Sebanyak 25 jenis makanan dipromosikan oleh pengusaha hotel dan restoran di pulau peranginan bebas cukai ini antaranya peknga, kuih qasidah, kerabu bronok, nasi dagang, emping jagung dan ubi kayu, laksa Mahsuri udang, sotong sumbat, kuih karas, peneram dan nasi lemak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#gastronomi
#hotel
#kepelbagaian makanan
#Langkawi
#makanan tempatan
#Malaysia
#musa yusof
#pelancong
#promosi
#restoran
#TMM2020
#Tourism Malaysia
#VMY2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan