Tuduhan yang mendakwa Biro Tata Negara (BTN) bersifat rasis serta membazirkan dan menyalahgunakan dana awam adalah tidak benar, kata Ketua Pemuda Kebangsaan Parti Makkal Sakti Malaysia dan Yayasan Sakti A. Manimaran.
Beliau berkata bertentangan dengan tuduhan Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kasthuri Patto baru-baru ini, BTN sebenarnya mewujudkan platform yang sangat kondusif dan strategik untuk melaksanakan program-program Pembina Bangsa dan Negara.
"Jika BTN bersifat ketidaksamarataan, maka kami tidak akan diberi peluang menjalankan program yang memfokuskan pada warga belia India.
"Tetapi, kami bukan sahaja diberi peluang malah segala kemudahan dan layanan baik diberikan terhadap kami untuk menjalankan program kami di beberapa kem BTN di beberapa negeri tanpa mengira bangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Yayasan Sakti sebelum ini melaksanakan program belia India di beberapa Kem Bina Negara BTN termasuk Kem Bina Negara Kulim di Kedah, Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang; Kem Bina Negara Kuala Lipis, Pahang; Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka; dan Kem Bina Negara Ulu Kenas, Perak.
Berkongsi pengalamannya menganjurkan program Pembina Negara, iaitu program transformasi yang selaras dengan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Manimaran berkata suasana kem kondusif serta kemudahan penginapan selesa menjamin keselamatan para peserta program.
"Justeru itu, saya amat berterima kasih kepada BTN kerana memberi kebenaran menggunakan Kem Bina Negara dengan penuh keyakinan dan kepercayaan tanpa mengira bangsa di samping mengutamakan kesejahteraan kaum dan keamanan rakyat Malaysia," katanya.
Kasthuri yang juga Anggota Parlimen DAP Batu Kawan dilaporkan berkata Pakatan Harapan akan melepaskan BTN yang didakwanya bersifat aparteid, rasis dan regresif jika pakatan pembangkang itu diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017
MANIMARAN: Jika BTN bersifat ketidaksamarataan, maka kami tidak akan diberi peluang menjalankan program yang memfokuskan pada warga belia India. - Foto: Laman web Makkal Sakti
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Bersama bina negara, henti salahkan kerajaan
Tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak kepada kerajaan, akan tetapi turut dipikul oleh pelbagai kelas masyarakat.
Perpaduan perlu dikukuhkan untuk membina negara yang progresif - Jeffrey Cheah
Jeffrey berpendapat, kepelbagaian yang ada merupakan kekuatan yang memperkayakan kita satu bangsa bukan sesuatu yang memecahbelahkan kita.
Makkal Sakti nafi Biro Tata Negara rasis
BTN sebenarnya mewujudkan platform yang sangat kondusif dan strategik untuk melaksanakan program-program Pembina Bangsa dan Negara.