awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklum balas laporan nahas MH17 diserah kepada pasukan penyiasat Belanda - Liow

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2015
11:44 MYT
Maklum balas laporan nahas MH17 diserah kepada pasukan penyiasat Belanda - Liow
Menurutnya, ia dihantar kepada pasukan penyiasat berkenaan untuk dimuktamadkan sebelum didedahkan kepada umum pada awal Oktober. - Gambar Fail
Malaysia telah menyerahkan maklum balas berhubung laporan nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 kepada pasukan penyiasat Belanda baru-baru ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini.
Menurutnya, ia dihantar kepada pasukan penyiasat berkenaan untuk dimuktamadkan sebelum didedahkan kepada umum pada awal Oktober.
Liow bagaimanapun, tidak menyatakan tarikh Malaysia menyerahkan maklum balas itu kepada penyiasat Belanda.
"Tidak patutlah saya mendedahkan kandungan laporan itu kerana ia belum dimuktamadkan dan ia sepatutnya dimuktamadkan oleh mereka (pasukan penyiasat Belanda).
"Mereka berjanji akan mengumumkannya Oktober ini. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa perkara paling penting ialah laporan itu perlu mendedahkan perkara sebenar dan punca kejadian tersebut.
"Laporan awal menyebut objek berkuasa tinggi terkena MH17, jadi kami ingin memuktamadkan apakah objek itu. Saya berharap laporan ini akan mendedahkannya," kata Liow kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Pahang di sini.
BACA: Penyiasat antarabangsa temui 'petunjuk' serpihan peluru berpandu BUK
BACA: Malaysia kecewa Majlis Keselamatan tolak tribunal sementara
BACA: Anak mangsa MH17 terpaksa jual rumah, fail saman terhadap MAS
Laporan sebelum ini menyebut pihak bekuasa Belanda telah selesai menyediakan laporan akhir tentang nahas pesawat itu dan menyerahkannya kepada Malaysia bagi mendapatkan maklum balas mengenainya.
Liow, yang juga Presiden MCA, berkata Malaysia perlu mengetahui pihak yang bertangungjawab dalam kejadian itu supaya keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa.
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines itu, sebahagian besarnya rakyat Belanda, maut apabila ia ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di timur Ukraine.
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#MAS
#MH17
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan