awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumat MySejahtera tidak digodam ImuniSel - Khairy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
31/05/2021
06:03 MYT
Maklumat MySejahtera tidak digodam ImuniSel - Khairy
Kerajaan sebelum ini melaksanakan pemberian suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Maklumat peribadi pendaftar di aplikasi MySejahtera tidak digodam oleh ImuniSel, demikian tegas Khairy Jamaluddin.
Sebaliknya, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata, pendaftaran vaksin AstraZeneca berlaku tanpa pengetahuan mereka yang terlibat.
“Bukan digodam, apa yang berlaku adalah mereka tidak diberitahu oleh ImuniSel untuk mendapat kebenaran individu-individu tersebut yang sudah ada janji temu dan tiba-tiba janji temu diganti dengan AstraZeneca.
“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan kita akan selesaikan isu ini. Kita akan betulkan iaitu pendaftaran tanpa pengetahuan mereka,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, Khairy dan Amirudin dalam kenyataan bersama berkata tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah dalam isu pendaftaran vaksin AstraZeneca di bawah kempen bantuan (outreach) ImuniSel.
Kenyataan itu menyebut setiap individu yang membuat pendaftaran vaksin menerusi ImuniSel telah memberikan kebenaran untuk didaftarkan bagi vaksin PICK.
Bagaimanapun, pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuat oleh ImuniSel tanpa pengetahuan mereka yang terlibat.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan pemberian suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Pusat Pemberian Vaksin
#suntikan
#PPV
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Khairy Jamaluddin
#KJ
#Amirudin Shari
#AstraZeneca
#MySejahtera
#ImuniSel
#SELangkah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan