Lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad dianggap istimewa dan menjadi pilihan untuk tema Hari Kebangsaan ke 57 pada tahun ini.

"Tema 'Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' boleh dianggap sebagai satu yang istimewa kerana ia lebih menusuk kalbu. Ia bercakap mengenai kecintaan kepada negara dengan lebih mendalam lagi. Cinta bukan sahaja kepada negara tetapi melangkaui segala aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia," ulas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata tema Hari Kebangsaan pada tahun ini dipetik daripada lirik lagu "Warisan" yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Arshad iaitu ‘Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta’.

Shabery Cheek juga berkata sebuah kempen yang bertajuk “Memori Chow Kit Road” akan diadakan bermula 29 Ogos hingga 31 Ogos.

Antara aktitviti yang akan diadakan dalam bulan kemerdekaan ini juga adalah Pameran Aset Ketenteraan, Perkampungan Belia dan dan karnival jualan barang-barang yang dijual di internet.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merupakan tetamu jemputan dalam Agenda AWANI malam tadi.

Klik video untuk perbincangan penuh dengan beliau: