awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang. Unbowed, unbent, unbroken' - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
27/01/2023
16:31 MYT
'Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang. Unbowed, unbent, unbroken' - Khairy
Tindakan pemecatan terhadap Khairy dan Noh dibuat atas pelanggaran displin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: ."Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang yang saya berikan kesetiaan."
Itu reaksi bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atas pemecatan keahlian UMNO beliau pada Jumaat.
"Unbowed, unbent, unbroken," ujarnya lagi, dalam ciapan terkini di Twitternya sejurus selepas pengumuman pemecatan beliau dibuat secara rasmi selepas mesyuarat Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara, malam tadi.
Khairy dipecat keahliannya pada Jumaat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan itu.
Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 27, 2023
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, tindakan pemecatan terhadap dua pemimpin itu dibuat atas pelanggaran displin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad Maslan sahkan Noh Omar, Khairy antara dipecat dari UMNO
UMNO | Parti perlu buat keputusan walaupun pahit
Turut dipecat ialah bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar. Noh sebelum itu digantung keahliannya selama enam tahun namun beliau telah meminta untuk dirinya dipecat.
Selain itu, UMNO turut mengantung keahlian selama enam tahun iaitu Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan turut digantung keahlian UMNO mereka.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.
Topic Berkaitan
#Khairy dipecat UMNO
#Mesyuarat MKT UMNO
#Noh Omar
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan