MALAYSIA
Malaysia akan bantah keras jika kapal Global Sumud Flotilla dipintas - PM

Malaysia akan segera menggerakkan usaha diplomatik dengan rakan-rakan antarabangsa, termasuk negara yang telah mengemukakan usul berkaitan krisis Gaza - Foto/ Reuters
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menyatakan bantahan keras dan menyeluruh sekiranya kapal misi Sumud Global Flotilla ke Gaza dipintas atau disekat oleh rejim Israel.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam sebarang halangan terhadap laluan kapal misi kemanusiaan ke Gaza dan menegaskan Malaysia akan menggerakkan usaha diplomatik dengan negara rakan seperti Itali, Sepanyol, Turkiye dan China jika kapal dipintas oleh Israel.
- Malaysia turut menilai inisiatif perdamaian oleh Perancis dan Arab Saudi serta merancang pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump bagi menyampaikan gesaan global agar serangan ke atas Gaza dihentikan.
- Kapal misi dijangka memasuki zon merah esok, dengan semua kapal telah berjaya memasuki zon kuning 2; misi ini diselaraskan oleh Sumud Nusantara Command Centre dan disokong penuh oleh kerajaan Malaysia.
Anwar menambah, kerajaan akan menilai usaha yang sedang digerakkan oleh Perancis dan Arab Saudi yang telah menunjukkan inisiatif ke arah perdamaian, dan Malaysia akan berhubung secara rasmi dengan mereka dalam waktu terdekat.
Mengulas lanjut, Anwar berkata pertemuan akan datang dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump juga dilihat sebagai peluang penting untuk usaha agar serangan ganas ke atas Gaza dapat dihentikan, sekali gus menjamin hak kemerdekaan rakyat Palestin.
Katanya lagi, hubungan dengan negara-negara barat serta dunia Arab, termasuk AS tetap penting dalam usaha menyampaikan mesej dan desakan dunia terhadap penindasan yang berlaku.
"Rundingan dan gesaan supaya pimpinan khususnya AS terima kenyataan dan tuntutan masyarakat dunia (untuk hentikan peperangan di Gaza)," ujar beliau.
Misi GSF dijangka memasuki zon merah kira-kira jam 7 malam waktu Malaysia, esok.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim berkata, setakat pukul 3 petang tadi, semua kapal GSF telah berjaya memasuki zon kuning 2.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami