KUALA LUMPUR: Malaysia, sebagai pemain geopolitik yang dinamik, dijangka memberi penekanan ke atas jalinan kerjasama serantau dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN di sebalik ketidaktentuan geopolitik serantau dan antarabangsa sedang muncul semasa ia mengambil alih jawatan pengerusi kumpulan itu pada 2025.
Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah (AEI) yang juga Prof Madya Universiti Malaya Dr Roy Anthony Rogers berkata jawatan pengerusi itu akan meningkatkan peranan Malaysia dalam hal ehwal serantau.
Ini kerana Malaysia merupakan antara anggota pengasas ASEAN dan pada masa yang sama kumpulan itu juga telah menjadi asas dasar luar negara sejak 1970-an, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata persaingan berterusan antara Amerika Syarikat dan China, Laut China Selatan dan krisis Myanmar yang meletus pada 2021, akan menjadi antara cabaran utama yang perlu diuruskan oleh Malaysia apabila ia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025.
Beliau berkata semasa Malaysia menjadi pengerusi pada 2015, ASEAN telah menerima pakai tema "ASEAN 2025: Forging Ahead Together", satu rangka tindakan untuk memperkukuh kerjasama antara negara anggota dalam usaha membina sebuah Komuniti ASEAN menjelang 2025.
"Saya percaya dokumen ini wajar menjadi asas untuk kita mempertingkat lagi kerjasama ini...untuk mengukuhkan lagi semangat komuniti dalam ASEAN, dan bergerak ke hadapan untuk menghadapi cabaran baharu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Bernama TV "Perspektif: Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025", pada Jumaat.
Beliau juga menjangkakan Malaysia akan mengguna pakai diplomasi Track 2 dengan lebih meluas untuk meningkatkan kerjasama antara negara anggota.
Walaupun Diplomasi Track 1 melibatkan saluran diplomatik di peringkat kerajaan-dengan-kerajaan, beliau berkata diplomasi Track 2, yang biasanya disertai oleh entiti seperti komuniti perniagaan dan pemikir, juga memainkan peranan penting dalam menyediakan idea yang membina dan mempengaruhi pembuat keputusan di peringkat yang lebih tinggi.
Roy Anthony juga menyuarakan keyakinannya bahawa sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia akan memberi penekanan dalam memperkukuh kerjasama ekonomi di sub wilayah seperti Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS GT), dan Kawasan Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina-ASEAN Timur (BIMP EAGA).
"Ia adalah kawasan pertumbuhan yang ditekankan oleh Malaysia sekarang. Kerajaan juga memberi banyak penekanan kepada Sabah dan Sarawak, seperti BIMP EAGA, yang mempunyai banyak potensi, terutama apabila Indonesia memindahkan ibu kotanya ke Nusantara di Borneo.
"Jadi saya amat berharap projek-projek yang telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu ini dapat diperkasakan lagi dan dapat membantu menggalakkan kerjasama dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN," katanya.
Beliau berkata selain negara anggota ASEAN, Malaysia wajar memimpin ASEAN untuk bekerjasama rapat dengan organisasi serantau lain, termasuk Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Kesatuan Eropah serta Negara-negara Teluk.
Laos akan menyerahkan kepimpinan ASEAN untuk 2025 pada Sidang Kemuncak ASEAN dari 8 hingga 11 Oktober.
Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, kini dianggotai 10 negara - Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam. Timor-Leste masih menunggu untuk menjadi anggota penuh kumpulan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Ringgit ditutup tinggi melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6810/6850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7075 pada Rabu.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.