BRUSSELS: Kerajaan akan berjuang menentang sebarang amalan perdagangan bersifat diskriminasi terhadap sektor komoditi tani, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi menekankan, sebagai negara pengeluar dan perdagangan, Malaysia memberi perhatian serius terhadap pelaksanaan dan kesan peraturan demikian bukan hanya kepada minyak sawit malah juga komoditi utama lain seperti kayu, koko dan getah.
"Beberapa aspek proses penilaian risiko peraturan itu adalah tidak produktif bagi komitmen untuk membendung pembasmian hutan global dan menimbulkan risiko tidak menggalakkan bagi negara pengeluar," katanya pada majlis makan tengah hari bersama diaspora Malaysia di sini, pada Isnin.
Beliau berada di sini bagi misi perdagangan bersama Malaysia-Indonesia di Kesatuan Eropah (EU) untuk mempertahankan industri minyak sawit daripada Peraturan Produk Bebas Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Pelaksanaan peraturan itu, yang diumumkan oleh EU pada 6 Dis, 2022 adalah berdasarkan alasan yang tidak kukuh dan mempunyai asas saintifik yang lemah, tegasnya.
EU sedang membangunkan pelaporan usaha wajar untuk memastikan syarikat mematuhi EUDR.
"Ia memberi beban tambahan kepada pengeksport minyak sawit Malaysia ke pasaran EU, khususnya berkaitan dengan keperluan kebolehkesanan tambahan dan data yang mesti diberikan kepada pelanggan akhir yang berada di EU," katanya.
Malaysia menghargai EU sebagai antara rakan dagang dan pelaburan penting Malaysia.
Bagi Malaysia, EU menyumbang 9.4 peratus kepada jumlah eksport Malaysia atau 1.47 juta tan minyak sawit.
Walau bagaimanapun, Malaysia melihat EUDR sebagai tindakan sengaja Eropah untuk menyekat akses pasaran dan melindungi pasaran minyak bijian domestik mereka yang tidak cekap dan tidak dapat bersaing dengan kos minyak sawit.
Inisiatif melibatkan sebelah pihak sedemikian menjejaskan perdagangan bebas dan adil di samping boleh memberi kesan buruk kepada rantaian bekalan global serta menyebabkan harga makanan menjadi lebih tinggi selain mengurangkan pengeluaran ketika infliasi global yang tinggi dalam sejarah.
Agenda politik dan kekurangan pengetahuan
Fadillah berkata perdebatan dalam EU berhubung isu kemampanan minyak sawit dan bahan api bio adalah gambaran kekurangan pengetahuan dan pemahaman mendalam mengenai perkara itu selain semakin menambah kebimbangan bahawa ia didorong oleh agenda politik secara keterlaluan.
"Saya ingin mengulangi bahawa walau apapun yang mungkin, Malaysia akan meneruskan perjuangan untuk menonjolkan imej positif produk komoditi tani negara dan membuktikan perkara yang kita lakukan secara terbaik dalam mematuhi pengeluaran dan penggunaan mampan," katanya.
Bagi Malaysia, Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) kekal sebagai keutamaan yang amat penting bagi Malaysia.
"Kita telah memulakan usaha kemampanan termasuk skim pensijilan nasional seperti skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) dan amalan Pengurusan Hutan Mampan (SFM) dengan tujuan memudahkan akses ke dalam Pasaran Tunggal EU," katanya.
Fadillah berkata piawaian MSPO sudah pun menjamin komitmen Malaysia terhadap piawaian kemampanan yang komprehensif.
Piawaian ini membuktikan komitmen dan usaha bersungguh-sungguh Malaysia untuk menyediakan minyak sawit yang mampan dan bebas pembasmian hutan kepada pelanggan Eropah dan global.
Beliau berkata justeru, tidak perlu menambah lagi kos dan beban kepada industri khususnya kepada pekebun kecil yang akan memberi kesan negatif kepada kebajikan dan mata pencarian mereka.
Sektor komoditi tani penting dalam pembasmian kemiskinan
Sektor komoditi tani bukan sahaja menjadi alat untuk pembasmian kemiskinan malah juga menjadi penyumbang penting dalam memulihkan ekonomi Malaysia kepada landasan pascapandemik COVID-19.
"Saya amat percaya Kementerian (Perladangan dan Komoditi) ini penting dalam meneraju perdagangan komoditi tani dan memastikan sektor ini ditadbir dengan baik terutama dalam melindungi mata pencarian lebih 700,000 pekebun kecil menerusi inisiatif dan usaha kita," katanya.
Pada masa sama, ketika tempoh mencabar ini, sektor ini menyediakan pekerjaan dan peluang perniagaan di sepanjang rantaian bekalan, katanya.
Fadillah berkata justeru, kerajaan kekal nekad dalam usaha meredakan cabaran ini dan berjuang menentang dakwaan tidak berasas terbabit.
"Berpegang kepada mandat ini, kementerian saya memutuskan untuk mengetengahkan kedudukan kukuh, komitmen dan inisiatif Malaysia ke arah sektor komoditi tani yang mampan kepada dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Fadillah berkata piawaian MSPO sudah pun menjamin komitmen Malaysia terhadap piawaian kemampanan yang komprehensif. - Foto BERNAMA

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
#AWANIByte: INNOVATHON bantu inovator mengkomersialkan produk inovasi mereka
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin juara INNOVATHON, NACOTS dapat mengkomersilkan hasil ciptaan mereka jika dipadankan dengan pemain industri yang betul. Pendapatnya disokong Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang menyifatkan INNOVATHON berupaya mempercepatkan pengkomersialan sesuatu inovasi.
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Bekalan terhad, Jepun minta kemudahan perubatan 'jimat' ubat batuk
Kementerian Kesihatan Jepun menggesa kemudahan perubatan di seluruh negara mengurangkan preskripsi ubat batuk memandangkan bekalan yang terhad.

KKM siap siaga kemungkinan wujud virus X - Lukanisman
KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangannya di dalam dan luar negara, serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

IDFR lancar buku mengenai pengalaman diplomat urus pandemik COVID-19, diplomasi ekonomi
Antara kisah paling menarik dalam buku 'Diplomacy Through the Pandemic' ialah daripada Duta Malaysia ke Iran, Datuk Rustam Yahaya.

Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

WHO gesa China kemuka maklumat asal usul COVID-19
Badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19
Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik. Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.