awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan pastikan Laut China Selatan aman

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2018
21:42 MYT
Malaysia akan pastikan Laut China Selatan aman
Mohamad menjelaskan, Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah kawasan penting untuk aktiviti perdagangan serantau dan global. - Gambar fail
Malaysia mengambil pendirian tidak berpihak ketika ketegangan yang semakin memuncak di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, dalam isu ini beliau telah bercakap dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis, mengenai hasrat Malaysia supaya penyelesaian secara damai diambil dan mengekalkan Asia Tenggara zon bebas konflik bersenjata.
"Saya telah mengadakan pertemuan denganya di Singapura, beliau (James) menawarkan untuk terus bekerjasama dengan Malaysia dalam soal latihan ketenteraan.
"Saya juga menyatakan permintaan Malaysia untuk tidak membiarkan Laut China Selatan menjadi kawasan konflik," katanya dalam wawancara khas di Wisma Pertahanan.
Dalam pertemuan itu, Mohamad turut menjelaskan, Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah kawasan penting untuk aktiviti perdagangan serantau dan global.
Mengulas ucapan Mattis yang boleh dianggap sebagai peringatan keras kepada China, Mohamad percaya isu itu dapat diselesaikan di meja rundingan.
"Saya fikir konflik dapat dielakkan dan sebarang perbezaan dapat diselesaikan di meja rundingan. Kita perlu mengelakkan konflik bersenjata di Laut China Selatan.
"Saya harap keadaan tegang ini tidak akan dipindahkan ke Laut China Selatan dan Malaysia mesti memainkan peranan yang aktif untuk memastikan keamanan di Laut China Selatan.
"Kita semua tahu bahawa selat Melaka dan kawasan berhampiran adalah laluan perdagangan tersibuk di dunia kerana aktiviti perdagangan melibarkan China dan Arab," katanya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab
#Asia Tenggara
#China
#James Mattis
#keamanan
#konflik bersenjata
#Kuala Lumpur
#laluan perdagangan
#Laut China Selatan
#meja rundingan
#Mohamad Sabu
#Selat Melaka
#zon bebas konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan