awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia alami fasa peralihan monsun mulai minggu depan - MetMalaysia

Bernama
Bernama
11/03/2022
07:18 MYT
Malaysia alami fasa peralihan monsun mulai minggu depan - MetMalaysia
Semasa fasa itu, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengalami fasa peralihan monsun dijangka bermula Isnin ini hingga pertengahan Mei depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut sejak 3 Nov lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa fasa itu, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
"Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh sekali gus menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada.
Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi serta hubungi Hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#peralihan monsun
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan