awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia ambil maklum laporan kapal tentera laut asing di ZEE

Bernama
Bernama
09/09/2024
22:30 MYT
Malaysia ambil maklum laporan kapal tentera laut asing di ZEE
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia. - Gambar fail ihsan PETRONAS
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri Malaysia mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.
Bagaimanapun, dalam kenyataan media pada Isnin, kementerian itu berkata, ia tidak dapat mengulas mengenai ketepatan atau butiran spesifik berkaitan pergerakan kapal tentera itu, kerana perkara itu berada di bawah pihak berkuasa operasi keselamatan dan pertahanan.
"Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten.
"Kami komited untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti yang digariskan dalam Peta Malaysia 1979. Kedudukan ini selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982," menurut kenyataan itu.
Sejajar dengan komitmennya untuk mengekalkan Laut China Selatan sebagai rantau keamanan, kestabilan dan perdagangan, Kementerian Luar berkata, Malaysia akan terus berhubung secara diplomatik dengan semua negara berkaitan.
"Kami kekal komited untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip yang digariskan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal tentera laut asing
#pelantar minyak
#ZEE
#luar pesisir Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan