KUALA LUMPUR:Malaysia akan menjadi tuan rumah Forum '7th International Energy Forum (IEF)-International Gas Union (IGU) Ministerial Gas' pada 3 Disember dengan tema 'Towards Recovery and Shared Prosperity: Natural Gas Opportunities for a Sustainable World'.
Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Acara dwitahunan itu dianjurkan bersama oleh IEF dan IGU dan akan ia diadakan untuk kali pertama.
Dalam satu kenyataan semalam, EPU berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan meja bulat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed akan turut serta sebagai moderator bersama dalam forum menteri itu dengan Presiden IGU, Prof Joe Kang dan Setiausaha Agung IEF, Joseph McMonigle.
"Forum ini akan memfokuskan pada dialog inklusif yang mengetengahkan peranan gas asli untuk memperkukuhkan keselamatan tenaga dan memudahkan peralihan tenaga yang teratur dalam dunia yang semakin tercemar akibat karbon.
"Dua sesi plenari yang berasingan telah dijadualkan pada waktu tersebut untuk mendorong penyertaan yang lebih banyak dari 38 negara termasuk Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah dan Afrika," kata EPU.
Sementara itu, Mustapa berkata forum itu akan menangani masalah industri gas dalam persekitaran pandemik global ketika ini dan membincangkan penyelesaian yang menguntungkan semua.
Malaysia sedang dalam proses pertumbuhan ekonomi yang pesat dan gas diharapkan dapat memainkan peranan penting dalam ekonomi pada masa depan, katanya.
Beliau berkata Malaysia sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar di dunia dan penggiat gas utama di rantau ini berada dalam kedudukan yang baik untuk memainkan peranan aktif dalam advokasi gas global dan turut serta dalam menentukan arah masa depannya.
"Perbincangan strategik yang akan berlangsung selama forum ini juga bertujuan untuk mendorong penglibatan yang lebih besar antara kerajaan dan penggiat industri untuk membentuk masa depan gas asli.
"Oleh kerana persekitaran dalam industri gas asli menjadi lebih mencabar, saya mengharapkan sesi dialog yang rancak antara pembuat dasar dan penggiat gas asli global dalam mengembangkan idea untuk pemulihan ekonomi jangka pendek dan peralihan tenaga jangka panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Forum itu akan menangani masalah industri gas dalam persekitaran pandemik global ketika ini dan membincangkan penyelesaian yang menguntungkan semua.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.