awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kesiapsiagaan venue Sukma 2026 capai 80 peratus - Mohd Najwan

Bernama
Bernama
07/01/2026
13:47 MYT
Tahap kesiapsiagaan venue Sukma 2026 capai 80 peratus - Mohd Najwan
Mohd Najwan berkata persiapan tersebut merangkumi kemudahan sukan di peringkat PBT serta daerah, yang kini giat menjalani proses penambahbaikan. - Bernama
SEPANG: Tahap kesiapsiagaan venue bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2026 di Selangor, yang melibatkan kerja-kerja naik taraf infrastruktur dan fasiliti sukan di seluruh negeri, kini telah mencapai kira-kira 80 peratus.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata persiapan tersebut merangkumi kemudahan sukan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) serta daerah, yang kini giat menjalani proses penambahbaikan.
Mohd Najwan turut memaklumkan bahawa dua venue utama yang sedang melalui proses naik taraf secara menyeluruh ialah Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) di Seksyen 13, Shah Alam, dan Lapang Sasar Menembak Subang.
"Kalau kita lihat Pusat Akuatik (PADE), kali terakhir ia digunakan untuk Sukma adalah pada 1998 dan dibuka pada 1997, hampir 30 tahun lalu. Ini merupakan kerja-kerja naik taraf utama selepas tempoh hampir 30 tahun, yang melibatkan penambahbaikan dari segi kemudahan serta teknologi.
"Insya-Allah, menjelang bulan April ini, kita sasarkan semua kemudahan dan fasiliti sukan berada dalam keadaan siap digunakan untuk penganjuran Sukma 2026 nanti," katanya pada sidang media Majlis Simbolik Ketibaan Obor SUKMA 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini.
Obor tersebut dibawa bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Sukma Datuk Mohd Yazid Saari sebagai simbolik menandakan bermulanya kempen dan promosi serta kemeriahan Sukma 2026 yang dijadual berlangsung dari 15-24 Ogos depan.
Obor Sukma 2026 akan dibawa menjelajah ke sembilan daerah di Selangor sebagai sebahagian daripada rangka kempen untuk menyemarakkan promosi penganjuran kali kedua Selangor menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan itu.
Terdahulu, satu majlis penyerahan obor Sukma 2026 kepada Selangor sebagai tuan rumah pada edisi ke-22 berlangsung di Kuching, Sarawak yang merupakan tuan rumah edisi lepas pada 2024.
Sejumlah 474 acara melibatkan 37 jenis sukan akan dipertandingkan pada edisi kali ini, manakala Para Sukma 2026 yang dijadual berlangsung dari 5-14 Sept, mempertandingkan 10 jenis sukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persiapan venue
#Sukan Malaysia
#sukma 2026
#Selangor
#Najwan Halimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan