awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kapal dipenjara sebulan, denda sebabkan kecederaan kadet maritim

Bernama
Bernama
07/01/2026
14:00 MYT
Pegawai kapal dipenjara sebulan, denda sebabkan kecederaan kadet maritim
Mahkamah Tinggi hari ini meningkatkan hukuman terhadap seorang pegawai kapal kepada sebulan penjara dan denda kerana menyebabkan kecederaan kepada seorang kadet maritim semasa pelayaran latihan pada 2022. - Foto hiasan
BINTULU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini meningkatkan hukuman terhadap seorang pegawai kapal kepada sebulan penjara dan denda kerana menyebabkan kecederaan kepada seorang kadet maritim semasa pelayaran latihan pada 2022.
Hakim Amelati Parnell membuat keputusan itu terhadap Abraham Tobing, 33, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk meningkatkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Majistret.
Pihak pendakwaan berhujah bahawa hukuman berkenaan tidak setimpal dengan keseriusan kesalahan.
Abraham mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan atas kesalahan secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap M.P. Suhash, yang ketika itu menjalani latihan kadet maritim di syarikat tempat responden (Abraham) bekerja sebagai Pegawai Kedua.
Amelati menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan ke atas responden, dengan tempoh penjara diarahkan berjalan serentak.
Beliau mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Bintulu pada 9 April 2025, yang menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan, dengan tempoh penjara sekiranya gagal membayar denda. Responden telah membayar kedua-dua denda berkenaan.
Dalam penghakiman ringkasnya, Amelati berkata budaya buli semakin meluas dan menekankan mahkamah tidak sekali-kali membenarkan buli atau penderaan fizikal, terutamanya dalam hubungan antara pihak atasan dan bawahan.
"Kesalahan serius mesti dikenakan hukuman yang setimpal dan bersifat pencegahan bagi mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan," katanya.
Berdasarkan fakta kes, responden telah menumbuk mangsa di bahagian dada dan bahu pada 5 Dis 2022.
Serangan itu berterusan antara 6 hingga 15 Dis 2022, dengan responden telah menolak mangsa ke atas meja dan menampar bahagian belakang lehernya ketika kapal berada di laut.
Siasatan mendedahkan serangan itu berpunca daripada ketidakpuasan hati responden terhadap prestasi mangsa semasa latihan dan didakwa bertujuan untuk mendisiplinkannya. Seorang pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa mengalami kecederaan pada bahu, dada, dan tangan kanan.
Abraham diwakili peguam Hasnah Saini manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Asfa Jannah Mohamad Ariff Irwani bertindak bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai kapal
#dipenjara
#kecederaan kadet maritim
#Abraham Tobing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan