awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah

Bernama
Bernama
04/10/2023
11:49 MYT
Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah
MOTAC yakin inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi jemaah umrah akan dapat memacu dan melonjakkan industri pelancongan negara. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia dan Arab Saudi telah mengadakan perbincangan berhubung usaha menjadikan Malaysia sebagai hab transit pilihan untuk jemaah umrah yang melakukan perjalanan ke Arab Saudi, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkara itu dibangkitkan semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman serta ketua pegawai eksekutif Lembaga Pelancongan Saudi Fahd Hamidaddin, di luar sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) tahunan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu membincangkan bidang-bidang yang dilihat berpotensi untuk kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi bagi manfaat bersama, khususnya berkaitan usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab transit pilihan bagi jemaah umrah yang melakukan perjalanan ke Arab Saudi melalui KLIA.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada 18 Julai lepas berkata MOTAC yakin inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi jemaah umrah akan dapat memacu dan melonjakkan industri pelancongan negara.
Tiong berkata Malaysia juga boleh menawarkan pakej pelancongan mesra Muslim kepada jemaah haji yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Muslim global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Roslan Tan Sri Abdul Rahman
#Fahd Hamidaddin
#hab transit pilihan
#jemaah umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan