Malaysia akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan bakal pengganas yang menggunakan agensi umrah dan berkemungkinan menggunakan laluan transit lain untuk ke Syria sebelum menyertai kumpulan militan IS.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ada dalam kalangan mereka menggunakan agensi umrah sebagai alasan untuk sampai ke Jeddah dan Madinah sebagai transit ke negara ketiga.
"Kita akan lihat dari segi 'manifests', tiket mereka itu tidak akan sampai ke Jeddah atau Madinah sahaja.
"Dalam 'manifests' itu dia mungkin akan pergi ke tempat lain kerana ada di kalangan bakal pengganas ini dia pergi ke negara yang ketiga, pergi ke Istanbul umpamanya lepas itu habis...kita tak tahu.
"Tetapi kita bekerjasama dengan Interpol dan maklumat ini kita peroleh sama ada selepas dia pergi ke Istanbul itu naik kenderaan darat atau menggunakan kenderaan lain untuk ke destinasi yang mereka sendiri tahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum Jenayah dan Kepolisan Di Malaysia kali ke-9, di Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengesan dua individu disyaki menggunakan alasan hendak mengerjakan ibadah umrah sebelum menyertai kumpulan militan IS.
Ahmad Zahid berkata pihaknya turut bekerjasama dengan agensi umrah bagi memantau jadual penerbangan setiap individu yang mengikuti perjalanan agensi umrah berkenaan.
Ditanya sama ada agensi umrah berkenaan mempunyai kaitan dengan penglibatan individu terbabit dalam IS, beliau berkata: "Saya tidak yakin begitu kerana keutamaan mereka (agensi umrah) lain, bukan mahu melibatkan diri. Jangan tuduh mereka... kasihan."
Katanya, beliau percaya bilangan rakyat tempatan terlibat dengan kumpulan militan IS di Syria dan Iraq lebih ramai berbanding jumlah yang direkodkan ketika ini iaitu 61 orang.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata peguam negara akan menyampaikan taklimat Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) kali kedua kepada jemaah menteri esok sebelum dibentang di Dewan Rakyat.
Beliau menegaskan, POTA bukanlah undang-undang yang hanya menjatuhkan hukuman semata-mata malah ia lebih berbentuk pencegahan dan mereka yang ditangkap akan dipulihkan dari segi akidah, ideologi dan ketaksuban terhadap sesuatu perjuangan itu.
Bernama
Thu Mar 12 2015
AHMAD ZAHID: Ada dalam kalangan mereka menggunakan agensi umrah sebagai alasan untuk sampai ke Jeddah dan Madinah sebagai transit ke negara ketiga. -Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
Panas, sesak, namun kenangan puasa sebulan Ramadan di Makkah sentiasa dirindui
Menyambut dan menjalani ibadat Ramadan di Makkah dan Madinah pasti menjadi impian setiap orang Islam yang menyedari kelebihan kedua-dua Tanah Suci itu.
Pegawai akaun agensi pelancongan, umrah ditahan pecah amanah RM1.3 juta
Seorang pegawai akaun sebuah agensi pelancongan dan umrah ditahan selepas dipercayai terlibat dengan pecah amanah membabitkan wang bernilai RM1.3 juta.
Malaysia bekerjasama dengan Interpol jejak bakal pengganas - Ahmad Zahid
Malaysia akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan bakal pengganas yang menggunakan agensi umrah dan berkemungkinan menggunakan laluan transit lain untuk ke Syria.