Malaysia masih belum menerima keputusan rasmi berhubung pengurangan 20 peratus kuota jemaah haji negara tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Berikutan itu, katanya Lembaga Tabung Haji (TH) belum boleh mengeluarkan senarai akhir jemaah haji Malaysia tahun ini.
"Kuota jemaah haji merupakan hak mutlak kerajaan Arab Saudi. Selagi mana kerajaan Aran Saudi tidak mengeluarkan hitam putih, maksud saya kuota yang sebenar, maka kita tidak boleh bergerak melebihi landasan.
"Sebab itu, pada setiap tahun kita ambil pendekatan untuk menunggu hingga sampai saat terakhir kuota jemaah haji dikeluarkan dalam bentuk hitam putih daripada Arab Saudi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan TH kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persukutuan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang melaporkan Indonesia menuntut pampasan daripada Arab Saudi berikutan kerugian yang ditanggung selepas Riyadh mengurangkan kuota jemaah haji sehingga 20 peratus tahun ini. Jamil Khir berkata Malaysia tidak bercadang menuntut ganti rugi daripada kerajaan Arab Saudi jika ada pengurangan kuota jemaah haji.
Ini kerana Malaysia mengamalkan pendekatan pengurusan ibadat haji yang begitu kukuh menerusi konsep kerajaan dengan kerajaan iaitu hanya satu badan yang mengeluarkan visa haji daripada kerajaan Arab Saudi kepada TH.
"Tetapi kebanyakan negara mengeluarkan visa haji dari kedutaan kepada pelbagai kelompok dan agensi yang urus jemaah haji juga banyak berikutan tiada pengawalan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata umat Islam semakin menyedari tanggungjawab menunaikan zakat apabila kutipan zakat di Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan 15 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
"Kutipan zakat bagi Januari hingga Jun tahun ini mencatatkan jumlah RM171 juta berbanding RM150 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Ini satu trend yang mmberangsangkan bagi Wilayah Persekutuan dan menggambarkan kekuatan ekonomi umat Islam negara ini semakin berkembang," katanya.
Sehubungan itu, Jamil Khir mensasarkan tambahan RM100 juta lagi kutipan zakat sehingga penghujung Disember tahun ini.
Pada majlis itu, TH menyerahkan zakat perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat berjumlah RM4,274,611.38 yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Paduka Ismee Ismail kepada Jamil Khir.
Pengagihan zakat perniagaan TH itu adalah sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatan yang dicatatkan TH untuk tahun kewangan 2012.
Ismee berkata jumlah zakat untuk Wilayah Persekutuan bagi 2012 meningkat sebanyak 11 peratus berbanding RM3,851,588.72 bagi 2011.
"Peningkatan ini berikutan keuntungan Tabung Haji 2012 yang meningkat menjangkaui lebih dua bilion dan jumlah dana yang disimpan pendeposit di seluruh negara turut telah meningkat melebihi RM40.2 bilion," katanya.
Bernama
Wed Jun 26 2013
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Penambahbaikan tadbir urus, tata kelola pengurusan kewangan bola sepak tempatan
Mencari solusi komprehensif kepada ketirisan, kelemahan tadbir urus dan tatakelola dalam pengurusan kewangan sukan bola sepak tempatan yang kini semakin meruncing.
Kurangkan import minyak, gas, segerakan dasar tenaga lestari
Rafizi berkata pada tahun lepas Malaysia mengimport kira-kira 25 peratus gas bagi memenuhi keperluan negara ekoran kekurangan pengeluaran sumber asli seperti minyak dan gas.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
AKPK: Tingkah laku pengguna belia & literasi Kewangan
Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mafrukhin Mokhtar berkongsi pandangan beliau berkenaan tingkah laku pengguna dalam kalangan belia serta tahap literasi kewangan mereka.
AWANI Pagi: Masalah Haid: Jangan Ambil Mudah
Diskusi bersama Dr Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai masalah haid, yang dialami wanita.
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Haji 2024: Boleh undang stres, jangan pandang mudah cuaca panas
Cuaca panas di Tanah Suci dijangka mencecah 50 darjah Celcius tahun ini.
58 peratus jemaah haji Malaysia tahun ini kaum wanita
Daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia, 42 peratus merupakan jemaah lelaki.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
Seramai 150 petugas Tabung Haji sertai ziarah ke tempat bersejarah di Madinah
Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1445H/2024 yang tiba di Madinah pada 2 Mei lalu, semalam dibawa melakukan aktiviti ziarah luar bagi memberi pengalaman yang akan dilalui oleh jemaa
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.
Kerajaan setuju LTSIP dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM
Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menambah 400 meter lagi landasan di LTSIP untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.