KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum menerima sebarang notis rasmi berkaitan perintah sitaan aset di Luxembourg oleh kumpulan yang mendakwa sebagai waris kumpulan Sulu terhadap Malaysia dan Petronas.
Oleh sebab itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan ketepatan dan kebenaran perkara itu.
"Jika ia didapati benar, ini bukan kali pertama kumpulan yang mendakwa waris Sulu itu cuba merampas aset Malaysia di Luxembourg, berdasarkan 'final award' yang dikeluarkan seorang peguam Sepanyol yang dilantik sebagai penimbang tara, yang telah dibatalkan oleh mahkamah yang sama yang melantiknya, tanpa mendengar hujah Malaysia.
"Sebaliknya, ini satu usaha baharu untuk menyita aset menggunakan perintah pertama yang gagal dilaksanakan sebelum ini, yang baru-baru ini telah ditarik balik oleh mahkamah di Luxembourg," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan Reuters pada Khamis (16 Feb) bertajuk "Aset Petronas di Luxembourg disita semula dalam pertikaian timbang tara AS$15 bilion", yang menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu terhadap dua unit milik syarikat minyak Petronas dari Malaysia minggu ini, susulan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion (AS$1= RM4.42) yang mereka peroleh terhadap Malaysia, menurut peguam waris terbabit serta dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.
BACA: Pertikaian timbang tara: Anak syarikat Petronas di Luxembourg disita sekali lagi
Azalina berkata jika laporan itu benar, Malaysia akan terus bersungguh-sungguh mempertahankan haknya di mahkamah bagi memastikan perintah sitaan kedua ini (jika ia wujud) akan ditarik balik juga oleh mahkamah Luxembourg, seperti perintah sebelum ini.
"Kami ingin mengingatkan orang ramai sekali lagi bahawa kumpulan yang mendakwa sebagai waris Sulu dan peguam mereka, cuba memesongkan kebenaran kepada pihak media seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini di mahkamah," katanya.
Azalina berkata kes ini merupakan satu skandal timbang tara yang menjejaskan dua institusi asas undang-udang, menghormati undang-udang dan mematuhi perintah mahkamah, dan Malaysia tidak akan berputus asa dalam mempertahankan haknya.
Sebelum ini Petronas menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu itu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan undang-undangnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Azalina berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan ketepatan dan kebenaran perkara itu. - Gambar fail
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.