KUALA LUMPUR: Lebih banyak organisasi antarabangsa boleh dilibatkan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) lebih selamat.
Menurut Pengerusi Konvensyen dan Pameran (C&E) World Trade Centres Associations (WTCA), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, beberapa perancangan sedang dijalinkan bersama Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) dalam mencapai matlamat itu.
"Kita sedang bekerja keras dalam memastikan naratif industri ini yang selamat dapat disampaikan agar lebih banyak kemakmuran dapat diwujudkan.
"Dari sudut perspektif Pusat Dagangan Dunia di mana saya sebagai Pengerusi C&E WTCA sedang bekerja rapat dengan MyCEB bagaimana kita mahu memanfaatkan lebih banyak penglibatan dengan organisasi antarabangsa," jelasnya ketika berucap di persidangan antarabangsa IMEX di Frankfurt, Jerman baru-baru ini.
Ujarnya, naratif Malaysia sebagai hab industri MICE yang selamat menjadi antara penarik utama organisasi antarabangsa sekali gus bakal memberi impak positif kepada ekonomi Malaysia.
Terdahulu, MyCEB dalam pameran Malaysia di IMEX, Frankfurt, menampilkan inisiatif 3R iaitu 'Tetapkan semula mulakan semula; dan bertanggungjawab: Kempen Bertemu di Malaysia dan Perancang Acara Perniagaan MySafe' yang berlangsung selama tiga hari sehingga 2 Jun lalu.
Inisiatif 3R itu termasuk sokongan kepada syarikat Malaysia untuk mengekalkan keahlian dengan persatuan antarabangsa, program peningkatan kemahiran komprehensif dan pensijilan, dan menyediakan insentif kepada perwakilan antarabangsa.
Perancang antarabangsa, sebaliknya, diberi dorongan untuk menganjurkan acara di Malaysia melalui Kempen MyCEB’s Meet in Malaysia; manakala Perancang Acara Perniagaan MySafenya membimbing mereka merancang perjalanan yang selamat dan lancar untuk perwakilan.
Antara yang terlibat dalam pameran itu, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Acara Perniagaan Sarawak, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Lembaga Pelancongan Sabah dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Untuk rekod, sejumlah 149 acara perniagaan akan dianjurkan di Malaysia bagi tahun 2022 hingga 2030 dan dijangka menjana RM1.3 billion melibatkan 212,386 perwakilan dari seluruh dunia.
Fareez Azman
Mon Jun 06 2022
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, beberapa perancangan sedang dijalinkan bersama Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) dalam mencapai matlamat itu.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Malaysia perkukuh keberadaan dalam industri acara perniagaan di IBTM World 2023
IBTM World 2023 di Barcelona pada 28-30 November ini jadi pentas promosikan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan pilihan.
Malaysia berupaya jadi 'gergasi' industri MICE dunia - Irmohizam
Lebih banyak organisasi antarabangsa boleh dilibatkan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) lebih selamat.
Penglibatan WTCKL dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia dihargai
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021 2030 pada Khamis.
WTCKL sambut baik langkah benarkan program berbentuk MICE
Irmohizam berkata, pihaknya yakin keputusan itu adalah perkembangan positif yang amat diharapkan oleh sektor MICE.
Malaysia harus rebut peluang hasil penganjuran WEF di Singapura
Beliau yang juga berharap Malaysia segera merombak sektor Mesyuarat, insentif, persidangan, pameran (MICE) supaya ia lebih relavan dan diterima masyarakat dunia.