awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2024
23:15 MYT
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 2 Tahun 2024 pada Selasa. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia ketika ini berada pada kapasiti yang tinggi untuk menjadi peneraju dalam bidang keselamatan siber dan bakal memberi impak positif sepanjang tempoh menjadi Pengerusi ASEAN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) menyokong usaha Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Seiring dengan Kepengerusian ASEAN 2025, Anwar juga dimaklumkan mengenai penganjuran Cyber Defense and Security Exhibition and Conference (CYDES) 2025 dan penyediaan Malaysia Cyber Security Strategy (2025-2030) yang baharu bagi mengukuhkan strategi serta inisiatif berkaitan keselamatan siber negara.
"Petang tadi saya mendengar pembentangan terkait situasi keselamatan siber negara yang semakin mencabar dan kompleks, tatkala mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 2 Tahun 2024.
"Mesyuarat turut bersetuju supaya NACSA menerajui Pusat Kriptografi Negara yang dimulakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan turut membuka ruang kepada penyelidik-penyelidik daripada universiti lain untuk turut terlibat.
"Pusat ini perlu inklusif dengan penglibatan pakar, intelektual dan sektor swasta yang mampu memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam teknologi kriptografi," kata Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, berkata, tahap keselamatan siber Malaysia berada di tahap yang lemah berbanding negara lain.
Sehubungan tahap berkenaan, jelas Anwar, mendorong kerajaan memperkenalkan peraturan dan rang undang-undang (RUU) keselamatan siber untuk mengawalnya.
Tambah Perdana Menteri, negara tidak ketandusan pakar dalam bidang tersebut namun harus memastikan terdapat kesinambungan antara sektor akademik, keperluan industri serta keutamaan memelihara ekosistem keselamatan siber negara.
"Mesyuarat juga bersetuju supaya Malaysia menyertai Budapest Convention dan United Nation Convention Against Cybercrime bagi menunjukkan komitmen negara dalam menangani jenayah siber di peringkat domestik dan antarabangsa.
"Saya juga zahirkan sokongan supaya satu rang undang-undang jenayah siber digubal bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997," jelas beliau lagi.
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Kepengerusian ASEAN 2025
#keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan