awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi

Bernama
Bernama
29/02/2024
14:28 MYT
Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia. - Gambar fail
OSLO: Kemajuan teknologi 5G dalam operasi maritim Norway yang sediakan oleh Telenor Maritime boleh memberikan manfaat kepada industri perkapalan Malaysia, terutamanya sektor minyak dan gas serta logistik, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pada Khamis, beliau melawat pusat operasi jarak jauh (ROC) canggih di Horten Harbour, dekat sini, yang menyaksikan Telenor Maritime mempamerkan kapal autonomi dan bagaimana pautan komunikasi berbeza, termasuk sistem persendirian 5G, menghubungkan kapal itu kepada ROC.
Telenor Maritime menawarkan rangkaian berkelajuan tinggi dalam rangkaian tertutup dan selamat kepada Massterly, syarikat pertama di dunia yang mengendalikan kapal autonomi di laut.
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.
"Sebahagian penggunaan pintar teknologi, yang dapat saya perhatikan, mungkin sebahagiannya digunakan di Malaysia...mungkin terdapat beberapa aspek kawal selia yang juga perlu kita berikan tumpuan, dan mungkin juga beberapa kes gunaan berpotensi.
"Memandangkan kita belum melancarkan sepenuhnya rangkaian persendirian 5G di Malaysia, saya berpandangan bahawa terdapat banyak potensi, dan dalam jangka panjang, ia akan memberikan manfaat kepada Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Fahmi ketika ini dalam lawatan kerja dua hari ke Norway untuk menghadiri 'Perbincangan Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya' anjuran Telenor Group bermula 29 Feb hingga 1 Mac 2024.
Naib Presiden Kanan merangkap Timbalan Ketua bagi Asia Telenor Group, Hakon Bruaset Kjol berkata Malaysia mempunyai banyak pengalaman dengan industri kukuh yang boleh menggunakan perkongsian sedemikian agar berjaya dalam memanfaatkan sepenuhnya 5G.
Beliau berkata bagi merealisasikannya, kerjasama dalam kalangan keseluruhan ekosistem amat diperlukan.
"Rangkaian 5G tidak semestinya adalah rangkaian pengguna sahaja, memandangkan kemungkinan besar ia adalah Internet industri dan kes gunaan daripada 5G yang akan membantu perniagaan.
"Ia bukan sahaja akan mengoptimumkan operasinya sendiri, tetapi harus diterapkan dalam penyelesaian yang disediakan kepada perniagaan lain untuk memastikannya berlaku... adalah penting untuk mengajak semua rakan kongsi untuk turut serta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#teknologi
#5G
#telenor maritime
#Fahmi Fadzil
#sektor logistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan