awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, China perkukuh kerjasama perangi rasuah di peringkat antarabangsa - SPRM

Bernama
Bernama
07/11/2025
21:30 MYT
Malaysia, China perkukuh kerjasama perangi rasuah di peringkat antarabangsa - SPRM
SPRM dan NCS sepakat memperkukuh kerjasama serta memperluas perkongsian strategik dalam usaha membanteras rasuah di peringkat antarabangsa. - Gambar fail/hiasan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan National Commission of Supervision of the People's Republic of China (NCS) sepakat memperkukuh kerjasama serta memperluas perkongsian strategik dalam usaha membanteras rasuah di peringkat antarabangsa.
Perkara itu dibincangkan dalam satu mesyuarat dua hala bersempena dengan Assembly of Parties (AoP) ke-14 International Anti-Corruption Academy (IACA) yang berlangsung di Vienna International Centre, Vienna, Isnin lepas.
Delegasi SPRM diketuai Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki manakala China dipimpin Setiausaha dan Timbalan Dekan China Academy of Discipline Inspection and Supervision, Liu Shuo.
Azam dalam kenyataan pada Jumaat berkata, kerjasama berkenaan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, memperkukuh keupayaan serta membangunkan pendekatan baharu yang lebih berkesan dalam membanteras rasuah di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, NCS turut menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman SPRM dalam aspek siasatan rasuah termasuk pendekatan baharu dalam pencegahan, pendidikan masyarakat dan pemulihan aset.
Mesyuarat itu turut menyaksikan persetujuan bersama untuk meneroka peluang kerjasama di bawah inisiatif Belt and Road termasuk memberi sokongan serta intervensi positif dalam mesyuarat antarabangsa berkaitan usaha membanteras rasuah.
Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Rasidah Abdul Karim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#China
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan