awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Culinary World Cup 2023 catat rekod dalam Guinness World Records

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/02/2023
15:50 MYT
Malaysia Culinary World Cup 2023 catat rekod dalam Guinness World Records
Pengumuman rekod baharu dunia itu dibuat juri rasmi Rekod Dunia Guinness, John Garland yang turut menyampaikan sijil kepada Presiden MBCA, Arthur Lim.
KUALA LUMPUR : Malaysia Culinary World Cup 2023 anjuran Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA) mencipta nama dalam Guinness World Records apabila berjaya mengadakan pertandingan memasak secara serentak terbesar di dunia.
Acara itu melibatkan 731 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Maghribi, Arab Saudi dan Mesir yang berlangsung selama tiga hari iaitu dari 21 Februari hingga 23 Februari di World Trade Centre Kuala Lumpur.
Pengumuman rekod baharu dunia itu dibuat juri rasmi Rekod Dunia Guinness, John Garland yang turut menyampaikan sijil kepada Presiden MBCA, Arthur Lim.
Majlis turut disaksikan Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pakej, Pelancongan Malaysia, Sulaiman Suip.
Pengumuman rekod itu juga mengakhiri pertandingan selama tiga hari itu.
Salah satu pertandingan pada hari terakhir acara ialah kategori terbuka bagi kedua-dua pasukan chef profesional dari hotel, akademi masakan dan kolej dengan masing-masing ditugaskan untuk mencipta dan mempersembahkan menu gourmet yang unik.
Sembilan kategori utama pertandingan dan 62 subkategori yang dinilai dari pelbagai aspek seperti inovasi, rasa, kebersihan, Mise-En-Place dan teknik.
MBCA juga berhasrat untuk mengadakan pertandingan itu sekali tahun bagi mengetengahkan senario kulinari global selain mewujudkan prospek ekonomi yang mampan bagi syarikat industri makanan tempatan dan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Guinness World Records
#Kuala Lumpur
#Malaysia Culinary World Cup 2023
#MBCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan