MALAYSIA
Malaysia dalam kedudukan kukuh untuk ratifikasi UNCAT

Abdel Wahab berkata ratifikasi itu akan memastikan perlindungan untuk semua rakyat Malaysia daripada sebarang bentuk layanan buruk dan diskriminasi, sama ada secara fizikal atau psikologi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam kedudukan kukuh untuk meratifikasi Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) dan menjadi negara ke-176 menyertainya.
Ringkasan AI
- Malaysia berada dalam kedudukan kukuh untuk meratifikasi Konvensyen Menentang Penyeksaan (UNCAT) berikutan institusi kehakiman, masyarakat dinamik dan agensi penguat kuasa yang mantap.
- Ratifikasi UNCAT akan melindungi rakyat daripada layanan buruk, diskriminasi serta mengukuhkan perlindungan hak asasi manusia, sejajar dengan amalan antarabangsa.
- Penyertaan Malaysia dalam UNCAT penting untuk meningkatkan kedudukan antarabangsa, melindungi kumpulan rentan, dan menunjukkan kepimpinan serantau sebagai Pengerusi ASEAN.
Abdel Wahab, yang juga bekas ahli Jawatankuasa PBB Menentang Penyeksaan, berkata ratifikasi itu akan memastikan perlindungan untuk semua rakyat Malaysia daripada sebarang bentuk layanan buruk dan diskriminasi, sama ada secara fizikal atau psikologi, selaras dengan amalan antarabangsa.
"Ia juga untuk melindungi maruah manusia dan hak asasi," katanya.
Seiring pandangan itu, Penasihat Undang-Undang Inisiatif Konvensyen Menentang Penyeksaan (CTI), Laura Blanco, berkata masanya sesuai untuk Malaysia menyertai konvensyen berkenaan kerana negara ini sudah pun menjadi ahli Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-Kanak dan Konvensyen PBB mengenai Hak Orang Kurang Upaya.
"Penyertaan dalam UNCAT akan meningkatkan perlindungan untuk semua kumpulan rentan," katanya di platform sama.
Beliau berkata komitmen Malaysia terhadap langkah pencegahan rasuah, keamanan, dan keadilan, selaras dengan agenda pembangunan mampannya, turut menyumbang kepada matlamat UNCAT.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru ini menggesa kerajaan meratifikasi UNCAT sebagai Pengerusi ASEAN untuk menunjukkan kepimpinan serantau serta memperkukuh kedudukan antarabangsa negara.
Pengerusinya Hishamudin Yunus berkata ketika ini, 175 negara telah meratifikasi UNCAT, manakala Malaysia bersama Brunei dan Singapura dalam ASEAN masih belum berbuat demikian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami