awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin

Bernama
Bernama
18/10/2024
20:15 MYT
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Perbincangan itu berlangsung melalui panggilan telefon pada Khamis antara Menteri Luar Malaysia, Mohamad Hasan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi. - Foto Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, dengan menyelaras usaha melalui platform antarabangsa utama di tengah-tengah krisis yang semakin memuncak.
Perbincangan itu berlangsung melalui panggilan telefon pada Khamis antara Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Dalam satu hantaran di X, Kementerian Luar Negeri Malaysia, yang dikenali sebagai Wisma Putra (@MalaysiaMFA) menyatakan, perbualan itu tertumpu kepada isu utama melibatkan krisis Timur Tengah yang semakin meruncing, terutamanya selepas tindakan agresif Israel terhadap negara jiran, termasuk Lubnan.
"Kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan segera kepada rakyat Palestin melalui pelbagai platform antarabangsa," menurut kenyataan kementerian itu.
Sejak 7 Okt tahun lepas, Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengorbankan lebih 42,400 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 99,000 yang lain.
Sementara itu, jumlah korban akibat serangan udara Israel ke atas Lubnan sejak konflik bermula pada 8 Okt 2023 mencecah 2,412 dan bilangan individu yang cedera meningkat kepada 11,285 - menurut laporan Majlis Menteri Lubnan pada Khamis. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Jordan
#bantuan kemanusiaan
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan