MALAYSIA
Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC)

Bekas Pesuruhjaya Suhakam, Profesor Emeritus Datuk Dr Aishah Bidin akan mula berkhidmat sebagai wakil Málaysia dalam suruhanjaya tersebut bermula Ogos 2025. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya dipilih sebagai anggota Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi penggal 2025 hingga 2028.
Ringkasan AI
- Malaysia dipilih sebagai anggota Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) OIC bagi penggal 20252028.
- Pelantikan ini hasil usaha lobi diketuai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dengan Profesor Emeritus Datuk Dr Aishah Bidin sebagai wakil.
- Malaysia dijangka menyumbang kepada pembangunan hak asasi dan kesejahteraan negara-negara anggota OIC.
"Calon Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr Aishah Bidin akan mula berkhidmat dalam suruhanjaya tersebut bermula Ogos 2025. Profesor Aishah mempunyai pengalaman luas dalam bidang hak asasi dan kemanusiaan.
“Beliau pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), serta mewakili negara dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR). Beliau juga sering dijemput ke forum anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi antarabangsa lain,” menurut kenyataan itu lagi.
Wisma Putra berkata, keanggotaan malaysia dalam IPHRC dijangka menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara anggota OIC demi kesejahteraan umat Islam sejagat.
Untuk rekod, IPHRC ditubuhkan pada 30 Jun 2011 dan dianggotai oleh 18 ahli suruhanjaya. ia berperanan sebagai badan pakar yang memberi nasihat kepada OIC dalam isu hak asasi manusia secara bebas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami