awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia fokus isu keamanan dan kestabilan serantau di Sidang Kemuncak ASEAN - Duta

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
07/10/2024
09:40 MYT
Malaysia fokus isu keamanan dan kestabilan serantau di Sidang Kemuncak ASEAN - Duta
Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud bercakap pada sidang media sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
VIENTIANE: Malaysia menerusi kenyataan negara yang akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 akan memfokuskan kepada beberapa isu utama, antaranya melibatkan keamanan dan kestabilan serantau serta integrasi ekonomi serantau.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud, Malaysia pada masa yang sama akan turut memfokuskan kepada digitalisasi dan teknologi baharu, kecerdasan buatan (AI) kesejahteraan rakyat dan warga ASEAN, perubahan iklim dan jenayah rentas sempadan.
‘’Isu-isu serantau dan antarabangsa yang (lain) meliputi Laut China Selatan, (konflik kemanusiaan di) Myanmar, isu (konflik di) Gaza, Palestin dan tindakan Israel di Asia Barat yang melanggar undang-undang antarabangsa juga akan kita ketengahkan termasuk juga kedaulatan undang-undang antarabangsa.
‘’Kalau pertikaian di Laut Cina Selatan, Malaysia akan terus menyatakan atau menyuarakan pendirian tegas berhubung isu Laut Cina Selatan di platform-platform berkaitan dan bersesuaian bagi memastikan hak-hak kedaulatan dan kepentingan negara kekal terpelihara.
‘’Malaysia kekal komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara membina, berhati-hati dan menyeluruh dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai termasuklah melalui platform ASEAN ini sendiri,’’ katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui delegasi media Malaysia menerusi sesi pembuka tirai di sini, pada Isnin.
Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 dan Sidang-Sidang Kemuncak berkaitan yang dijadual berlangsung bermula 9 Oktober sehingga 11 Oktober ini.
Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Adul Aziz.
‘’Penyertaan Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 serta Sidang-Sidang Kemuncak berkaitan akan membolehkan Malaysia berkongsi perspektif negara secara aktif dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu seperti visi komuniti ASEAN 2045.
“(Ia) termasuk usaha pembangunan komuniti ASEAN yang sedang dijalankan, hubungan ASEAN dengan rakan-rakan luar serta isu semasa di peringkat serantau dan antarabangsa.
‘’Penglibatan Malaysia ini menzahirkan komitmen teguh Malaysia terhadap usaha pembinaan komuniti ASEAN iaitu hubungan ASEAN dengan rakan-rakan kongsi luar serta usaha menggalakkan keamanan dan kestabilan tatkala menghadapi evolusi geopolitik serantau yang kian mencabar,’’ tambahnya.
Tambahnya, Perdana Menteri dijadual menghadiri lebih 20 persidangan, mesyuarat dan pertemuan dua hala sepanjang sidang kemuncak ini berlangsung.
Ia termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-27, Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea Selatan ke-25, Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) ke-27 dan Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-12.
Tambah Edi, di Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan menyerahkan jawatan Pengerusi kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun 2025 dan Perdana Menteri dijadual akan menyampaikan ucapan ringkas.
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Kenyataan Negara
#Anwar Ibrahim
#kestabilan serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan