KUALA LUMPUR: ASEAN dan China boleh bekerjasama meningkatkan multilateralisme, khasnya dalam membaharui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan badan dunia itu kekal relevan dan berkesan di tengah-tengah pandemik global.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orde dunia berdasarkan multilateralisme adalah amat penting.
"Orde sedemikian membolehkan kewujudan bersama tamadun berasaskan peraturan, terbuka, inklusif dan telus yang aman serta mampan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China menerusi sidang video di sini, Isnin. Sidang Kemuncak Khas itu dipengerusikan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah selaku pengerusi ASEAN tahun ini. Turut menyertai sidang kemuncak ini Presiden China Xi Jinping.
ASEAN dan China menyedari hakikat bahawa perlunya keamanan serta kestabilan untuk mencapai pembangunan ekonomi dan kehidupan bertamadun, sepertimana saranan Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dalam pertemuan secara maya pada minggu lepas.
"Hubungan bilateral China-AS antara paling penting di dunia. Meskipun perbezaan tetap wujud, Malaysia mengalu-alukan pengiktirafan tanggungjawab kolektif kedua-dua negara ke arah mengekalkan keamanan, pembangunan dan kemajuan sosial," katanya.
Mengenai perubahan iklim, Ismail Sabri berkata Malaysia beraspirasi mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih menjelang 2050 serta menyambut baik komitmen China dan pihak lain pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP-26) di Glasgow, Scotland baru-baru ini.
Beliau turut menekankan mengenai keperluan mengimbangi antara menangani perubahan iklim dan kepentingan pembangunan sosioekonomi, melalui Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) dan Perjanjian Paris.
"Kami puji gesaan China supaya negara maju memenuhi kewajipan mereka dengan menyediakan kewangan, pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti kepada negara membangun dalam usaha mereka ke arah menangani perubahan iklim," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri turut mengulangi pendirian tegas Malaysia mengenai isu Laut China Selatan, ia perlu diselesaikan secara aman dan konstruktif mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf sejagat termasuk Konvensyen PBB Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Malaysia menggesa semua negara terus komited ke arah mengekalkan Laut China Selatan sebagai laut perdagangan yang aman dan stabil. Justeru itu, semua pihak perlu mengelak mengambil sebarang tindakan yang boleh dianggap provokatif, yang boleh merumitkan lagi situasi serta meningkatkan ketegangan di kawasan tersebut.
Beliau berkata Malaysia turut menekankan mengenai kepentingan pelaksanaan sepenuhnya dan berkesan Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan dan rumusan awal Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) berucap pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China menerusi persidangan video, hari ini. - Foto BERNAMA
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.