MELBOURNE: Malaysia menggesa masyarakat berbilang kaum dan agama agar sentiasa saling menghormati dan bertolak ansur sebagai sebuah komuniti.
Berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di sini pada Isnin, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, di Malaysia, Islam adalah agama persekutuan, oleh itu, teras syariah bagi umat Islam perlu dipertingkat dan diperkukuh.
Perdana Menteri turut menjadikan Australia sebagai contoh negara yang menghormati komuniti minoriti Islam dalam kalangan masyarakatnya.
“Kita selaku kerajaan amat menggesa agar masyarakat menghormati dan bertolak ansur.
"Di Malaysia, kerana islam adalah agama persekutuan, bermakna kita perlu mempertingkatkan dan mengukuhkan teras syariah untuk orang Islam.
“Tetapi, pada masa sama, kami tetap memelihara dan memastikan kebajikan orang bukan Islam sama-sama dilindungi, kerana mereka adalah warganegara yang sama di bawah undang-undang.
"Begitu juga di Australia. Walaupun agama majoriti adalah Kristian, tetapi mereka menunjukkan toleransi dan menghargai perbezaan.
"Saya pernah ke Canberra, Sydney, Perth dan beberapa tempat di mana mereka juga mempunyai komuniti Islam, dan institusi lain di sini, terutamanya seperti Al-Taqwa, diberi sokongan mencukupi,” katanya.
Al-Taqwa College adalah sekolah pengajian Islam rendah dan menengah yang menyediakan pendidikan selama 13 tahun.
Kolej ini diasaskan pada 1986 oleh pengetuanya ketika ini, Omar Hallak.
Ia berkembang daripada hanya satu kelas dengan 25 pelajar, kepada dua kampus yang lengkap dengan pelbagai kemudahan di pinggir bandar barat Melbourne, sebuah kem pelajar di Victoria dan sebuah kampus antarabangsa di Sentul, Indonesia.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya turut menggesa masyarakat minoriti di Malaysia untuk memainkan peranan dan berasimilasi sebagai sebahagian masyarakat berbilang kaum.
“Ini adalah naratif baru yang perlu kita promosikan dalam semua komuniti. Kita perlu berkompromi dengan hakikat bahawa kita perlu mempertingkatkan semula iman dan nilai moral kita.
“Kita perlu berpegang teguh kepada kepercayaan dan ini penting untuk mempromosikan keamanan, keselamatan dan keadilan,” ujarnya.
Selepas merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa, Perdana Menteri mengadakan pertemuan bersama Naib Canselor dan Presiden Monash University, Sharon Pickering di The Langham, dekat sini.
Pertemuan itu adalah sebahagian daripada agenda memperkasakan hubungan antara Malaysia dan Australia dalam bidang pendidikan.
Ketika ini, terdapat kira-kira 18,000 pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Australia, dengan kumpulan terbesar berada di Victoria iaitu sekitar 9,000 pelajar.
Untuk rekod, Anwar ke Australia sempena lawatan rasmi empat hari bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Kedua Malaysia-Australia pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia dari 5 hingga 6 Mac di Melbourne.
Anwar akan mengakhiri lawatannya ke Australia di Canberra dengan menyampaikan syarahan umum di Australian National University (ANU) dan bertemu Gabenor Jeneral Australia, David Hurley.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Mar 04 2024
Anwar berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Melbourne pada Isnin. - Foto PMO
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.