KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa semua pihak mematuhi resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) supaya jeda dan koridor kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza dilaksanakan segera untuk beberapa hari.
Menurut Wisma Putra, langkah itu perlu bagi membolehkan bantuan sampai kepada orang awam di wilayah yang dikepung.
Katanya, pematuhan resolusi itu selaras dengan Artikel 25 Piagam PBB dan merupakan langkah pertama penting yang mesti diikuti dengan tindakan konkrit ke arah pemberhentian segera permusuhan, kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
"Malaysia mengakui kejayaan yang dibuat oleh UNSC dalam menerima pakai Resolusi 2712 (2023) mengenai konflik Israel-Palestin pada Khamis.
"Malaysia telah berulang kali meminta UNSC menunaikan tanggungjawab utamanya bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa seperti yang diamanatkan oleh Piagam PBB.
"Selepas lebih sebulan, UNSC akhirnya mengambil tindakan bersatu dan tegas untuk menangani pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza yang berterusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wisma Putra berkata, Malaysia percaya Resolusi 2712 (2023) menyediakan langkah sementara untuk memudahkan akses bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan serta melindungi orang awam yang tidak bersalah, khususnya kanak-kanak di seluruh Semenanjung Gaza.
"Malaysia mengulangi kecaman kerasnya terhadap serangan kejam dan biadab yang berterusan ke atas penduduk awam Gaza, termasuk pengeboman hospital dan kemudahan awam.
"Serangan sedemikian jelas merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa," tambahnya.
Wisma Putra turut menegaskan, Malaysia menolak alasan mempertahankan diri oleh Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan dan jenayah perang terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Jelasnya, pencerobohan Israel tidak seimbang, tidak sah dan bertentangan dengan prinsip Piagam PBB.
"Malaysia amat percaya bahawa punca utama isu Palestin, iaitu pendudukan haram yang berterusan, mesti ditangani.
"Malaysia tetap tegas bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya," katanya.
Afiezy Azaman
Fri Nov 17 2023
Wisma Putra mengulangi kecaman keras Malaysia terhadap serangan kejam dan biadab yang berterusan ke atas penduduk awam Gaza, termasuk pengeboman hospital dan kemudahan awam. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
CAF 2024: 'Kuasa veto harus dilarang dalam UNSC' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penggunaan kuasa veto dalam UNSC dilarang terutama dalam kes kekejaman dan kemanusiaan berskala besar.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Asia Barat.
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
UNSC: Beri negara Selatan Global peranan lebih besar - Putin
Negara Asia, Afrika dan Amerika Latin perlu diberikan peranan lebih besar dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
UNSC bimbang pos pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan diserang Israel
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin menggesa semua pihak agar menghormati keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman PBB di Lubnan.
China gesa UNSC ambil tindakan segera redakan ketegangan Lubnan-Israel
UNSC perlu segera bertindak dan bersatu dalam mendesak gencatan senjata di Semenanjung Gaza direalisasikan bagi meredakan ketegangan antara Lubnan dan Israel.
Kegagalan UNSC paksa Iran ambil tindakan sah dalam mempertahankan keselamatan negara
Adalah dikesali bahawa Majlis Keselamatan PBB telah gagal dalam tugas asasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.