awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway

Bernama
Bernama
27/12/2024
05:30 MYT
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Anggota perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian bas terbabas di Nordland, Norway, 26 Dis 2024. (Foto AP)
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet pada 26 Dis yang dilaporkan melibatkan penumpang dari beberapa negara termasuk Malaysia.
Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa laporan awal menunjukkan penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
"Pasukan konsular telah dihantar untuk memberikan bantuan serta sokongan segera kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden ini," menurut kenyataan kementerian.
Wisma Putra menzahirkan kebimbangan terhadap kemalangan bas yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan berhampiran Tasik Asvatnet, Norway.
Kejadian berlaku dalam keadaan cuaca buruk termasuk salji tebal dan angin kencang, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas.
Daripada 58 penumpang, tiga kematian dilaporkan sementara empat lagi cedera parah dan kini dirawat di Hospital Stokmarknes.
Pihak berkuasa Norway berjaya memindahkan semua penumpang yang terselamat, meskipun usaha menyelamat pada peringkat awal menghadapi cabaran akibat cuaca buruk.
Maklumat lanjut mengenai insiden ini dijangka dikeluarkan oleh pihak berkuasa Norway pada 27 Dis waktu tempatan.
"Perkembangan terkini akan dimaklumkan sebaik sahaja maklumat tambahan diperoleh," menurut Wisma Putra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Norway
#kemalangan bas
#Konsular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan