Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Malaysia harap konflik di Arab Saudi selesai segera

Menerima panggilan telefon daripada HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud, Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.  Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa yang menjadi perhatian bersama.  Arab Saudi kekal sebagai rakan penting Malaysia dalam dunia Arab dan Islam, di samping kedudukannya sebagai “Custodian of the Two Holy Mosques” di Makkah dan Madinah.
Khaled menerima panggilan telefon daripada HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud pada Ahad. - gambar Facebook Khaled Nordin
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia mendoakan kesejahteraan Arab Saudi dan berharap segala konflik yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu disampaikan kepada Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman Al Saud melalui panggilan telefon.

Mohamed Khaled berkata melalui penggilan berkenaan, beliau turut bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan semasa yang menjadi perhatian bersama.

"Arab Saudi kekal sebagai rakan penting Malaysia dalam dunia Arab dan Islam, di samping kedudukannya sebagai Penjaga Dua Masjid Suci di Makkah dan Madinah," katanya dalam hantaran menerusi media sosialnya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan rakan sejawatnya itu turut berkongsi mengenai perkembangan dan cabaran semasa yang dihadapi Arab Saudi. 

Mohamed Khaled berkata Malaysia mengambil maklum perkara yang dibincangkan dan akan terus berhubung rapat dalam melihat ruang yang bersesuaian untuk memberikan sumbangan.

"Malaysia mendoakan kesejahteraan Arab Saudi dan berharap segala konflik yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement