KUALA LUMPUR: Malaysia mengiktiraf pelbagai inisiatif dan usaha yang telah dilaksanakan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam menyelesaikan isu global seperti penggunaan teknologi nuklear bagi mengawal pencemaran plastik, mengadakan Projek Tindakan Bersepadu Penyakit Zoonotik dan Rays of Hope untuk rawatan penyakit kanser.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan semalam turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.
"Malaysia berbangga atas kolaborasi bersama IAEA di bawah Program Kerjasama Teknikal dan berterima kasih atas bantuan dalam membangunkan Rangka Kerja Program Negara 2022-2027 yang telah dipersetujui secara bersama," katanya yang menghadiri mesyuarat dua hala bersama Ketua Pengarah IAEA Rafael Mariano Gross pada Selasa.
Pada mesyuarat itu, Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merakamkan penghargaan kepada IAEA kerana telah memainkan peranan yang efektif bagi menggalakkan penggunaan teknologi nuklear secara aman, selamat dan terjamin.
Dr Adham turut menekankan bahawa Malaysia menyambut baik pembangunan lubang gerek pertama di dunia bagi pelupusan sumber radioaktif terkedap terpakai.
"Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada IAEA atas bantuan dan kerjasama melalui latihan dan pembinaan kapasiti serta pelaksanaan projek, penilaian aspek keselamatan dan pembangunan garis panduan perundangan.
"Malaysia sedar akan kepentingan elemen sekuriti nuklear dalam mencegah penggunaan bahan nuklear dan teknologi nuklear yang tidak dibenarkan. Sebagai pusat hab serantau bagi penyediaan peralatan pengesanan sekuriti nuklear, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam mengukuhkan sekuriti nuklear di rantau ini," katanya.
Beliau berkata Agensi Nuklear Malaysia di bawah MOSTI sentiasa bersedia menawarkan bantuan dalam pembangunan kapasiti sumber manusia kepada negara anggota lain dan Malaysia juga akan meneruskan sokongan kepada IAEA sebagai pihak berkuasa teknikal tunggal yang kompeten bagi mengesahkan kewajipan kawal gunaan dalam kalangan negara anggota.
"Dalam hal ini, Malaysia komited untuk melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya di bawah Perjanjian Kawalseliaan NPT dengan IAEA selain mengalu-alukan pemeriksaan kawal gunaan di kemudahan reaktor penyelidikan negara - PUSPATI TRIGA MARK II," katanya.
Terdahulu, Dr Adham dan delegasi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Makmal Aplikasi Nuklear IAEA di Seibersdorf.
Makmal ini membangunkan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan khususnya bagi sektor pertanian dan makanan, air dan alam sekitar, keselamatan sinaran dan kawalan penyakit bawaan vektor yang boleh digunakan untuk menangani cabaran sosioekonomi negara serta perubahan iklim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Dr Adham berkata, Malaysia juga akan meneruskan sokongan kepada IAEA sebagai pihak berkuasa teknikal tunggal yang kompeten bagi mengesahkan kewajipan kawal gunaan dalam kalangan negara anggota. - Gambar fail/BERNAMA
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
[KOLUMNIS] Sumbangan teknologi nuklear dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari di Malaysia
Teknologi nuklear merupakan antara teknologi yang dimanfaatkan untuk mencapai matlamat SDG.
Malaysia sasar peningkatan 40 peratus penggunaan teknologi nuklear dalam STIE
DTNN 2030 meletakkan strategi yang kukuh bagi menjayakan transformasi bidang teknologi nuklear.
Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.