awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan, pertanian

Bernama
Bernama
14/02/2023
20:00 MYT
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan, pertanian
Mohamad Sabu (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, pada Selasa. -Foto Facebook/Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan serta kerjasama teknikal pertanian bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan antara Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu dengan Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua negara berkenaan turut bersedia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pertanian termasuk kerjasama di bawah platform serantau ASEAN.
"Dalam hubungan ini, Indonesia merupakan Pengerusi ASEAN bagi 2023 manakala Malaysia ialah tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) ke-45 pada tahun ini.
"Sebagai Pengerusi ASEAN, Indonesia bersetuju memberikan fokus terhadap sekuriti makanan di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Dalam pertemuan berkenaan, kenyataan itu menyebut Mohamad dipelawa ke Indonesia bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan pembangunan industri padi yang telah mencapai 100 peratus bagi Tahap Sara Diri (SSL) untuk menampung keperluan dan penggunaan beras domestik negara berkenaan.
Selain itu, Indonesia juga bersedia untuk mengeksport jagung bijian dan produk ternakan seperti daging, susu dan telur ayam bagi memenuhi keperluan Malaysia.
Pertemuan hari ini turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS Datuk Azah Hanim Ahmad serta pegawai kanan kementerian selain wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia-Indonesia
#kerjasama dua hala
#sekuriti makanan
#MAFS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan