awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia tekad wujudkan perairan mesra nelayan

Bernama
Bernama
27/12/2022
11:45 MYT
Malaysia, Indonesia tekad wujudkan perairan mesra nelayan
Kedua-dua negara sepakat untuk hanya mengusir dan tidak menangkap nelayan yang menangkap ikan di persempadanan maritim Malaysia-Indonesia. - Gambar fail/ TLDM
JAKARTA: Malaysia dan Indonesia komited untuk mewujudkan perairan yang ideal dan mesra untuk nelayan serta komuniti di pantai kedua-dua negara.
Perkara itu dicapai dalam mesyuarat secara maya antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla) baru-baru ini.
Timbalan Penerangan, Perundangan dan Kerjasama BAKAMLA, Dr. Samuel H. Kowaas berkata pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) mengenai 'Common Guidelines' dan 'Common Best Practice' mampu menyejahterakan nelayan kedua negara.
Selain meningkatkan hubungan kerjasama dua hala yang baik, mesyurat turut meningkatkan aktiviti kondusif berkaitan pengendalian insiden 'Unresolved Maritime Boundaries' di wilayah perairan masing-masing.
"Bakamla menyedari kepentingan meningkatkan komunikasi dan penyelarasan pegawai penguat kuasa undang-undang di kedua-dua negara," katanya dalam satu kenyataan.
Malaysia dan Indonesia memeterai 'MoU In Respect of the Common Guidelines Concerning the Treatment of Fishermen by Maritime Law Enforcement Agencies of Malaysia and the Republic of Indonesia' pada 27 Jan 2012.
Kedua-dua negara sepakat untuk hanya mengusir dan tidak menangkap nelayan yang didapati menangkap ikan di persempadanan maritim Malaysia-Indonesia.
-- BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Indonesia
#perairan mesra nelayan
#MKN
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan