NATIONAL
Malaysia, Jepun bincang kerjasama ekonomi termasuk dalam AI, automotif

Tengku Zafrul (kiri) berkata dalam pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yoji Muto semalam, mereka telah bertukar pandangan mengenai cara terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dunia. -X
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih luas termasuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif terutamanya dalam ketidaktentuan global pada masa ini.
Ringkasan AI
- Malaysia dan Jepun membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih luas termasuk pembangunan AI dan masa depan industri automotif.
- Kedua-dua negara bertukar pandangan mengenai cara terbaik menghadapi cabaran ekonomi dunia.
- Pertemuan selama sejam turut membincangkan situasi dunia yang berdepan cabaran perdagangan global.
"Dengan berkongsi kepakaran dan sumber, kita boleh memacu pertumbuhan dan inovasi," katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.
Pertemuan keduanya yang berlangsung selama sejam di sini turut membincangkan situasi dunia yang kini berdepan dengan cabaran perdagangan global.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami