awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam keras serangan Israel, desak gencatan senjata disambung semula

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2025
09:53 MYT
Malaysia kecam keras serangan Israel, desak gencatan senjata disambung semula
Malaysia mendesak agar genjatan senjata serta rundingan damai di Gaza disambung semula. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa bertindak segera untuk menghentikan keganasan dan mendesak agar genjatan senjata serta rundingan damai disambung semula.

Ringkasan AI
  • Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB dan komuniti antarabangsa untuk menghentikan keganasan dan mendesak genjatan senjata serta rundingan damai disambung semula.
  • Malaysia mengecam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza yang telah meragut lebih 600 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh tiga hari.
  • Malaysia akan meneruskan usaha diplomatik untuk meraih sokongan terhadap penubuhan Negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Ia susulan serangan terbaharu Israel ke atas Gaza, khususnya di Rafah, yang telah meragut lebih 600 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh tiga hari.
Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya serangan tersebut.
"Malaysia akan meneruskan usaha diplomatik untuk meraih sokongan terhadap penubuhan Negara Palestin yang merdeka, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," kata kementerian itu.
Kementerian Luar menambah, serangan Israel merupakan satu pembunuhan beramai-ramai.
Selain itu, Malaysia menyifatkan perbuatan zalim itu mencerminkan sikap tidak endah Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, serta memburukkan lagi krisis kemanusiaan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#serangan Israel
#Malaysia kecam serangan Israel
#gencatan senjata
#PBB
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan