KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam di Arab Saudi pada Sabtu (10 Okt), yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan serta gangguan ketara terhadap operasi lapangan terbang dan penerbangan komersial.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Ahad menzahirkan solidariti Malaysia bersama Kerajaan Arab Saudi serta sokongan terhadap usaha negara itu untuk mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan keselamatan negara.
"Malaysia amat bimbang terhadap peningkatan ketegangan dan keganasan sejak kebelakangan ini serta menggesa semua pihak agar menghormati undang-undang antarabangsa dan mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan diplomasi demi mengembalikan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berkekalan di rantau tersebut," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut merakamkan ucapan takziah dan bersimpati atas kehilangan nyawa dalam insiden berkenaan serta mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh.
Dalam kenyataan pada Ahad, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi berkata 12 orang terbunuh dan 309 lagi cedera dalam serangan pada Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid.
Mereka yang terkorban ialah empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan.
Terdahulu, Kementerian Luar Malaysia memaklumkan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa susulan serangan pada Sabtu terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh serta insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pendirian Malaysia terhadap serangan di Arab Saudi pada 10 Oktober?
A: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam di Arab Saudi pada 10 Oktober. - Q: Berapakah jumlah korban dan kecederaan akibat serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid?
A: Serangan tersebut mengakibatkan 12 orang terbunuh dan 309 lagi cedera. - Q: Adakah terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam serangan tersebut?
A: Kementerian Luar Malaysia memaklumkan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan itu. - Q: Siapakah antara mangsa yang terkorban dalam serangan di Arab Saudi?
A: Mangsa yang terkorban termasuk empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh, serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan. - Q: Apakah gesaan Malaysia kepada pihak-pihak terlibat selepas insiden tersebut?
A: Malaysia menggesa semua pihak agar menghormati undang-undang antarabangsa dan mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan diplomasi.