KUALA LUMPUR:Malaysia amat memandang serius dan mengambil berat permusuhan terbuka terhadap umat Islam sambil mengutuk keras tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah agama Islam.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein memetik beberapa tindakan ini sebagaimana yang dapat disaksikan dunia baru-baru ini menerusi ucapan populis serta penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad.
"Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi manusia selagi mana ia digunakan secara bertanggungjawab dan penuh hormat, sekali gus tidak menafikan serta melanggar hak pihak lain.
" Dalam konteks ini, mencemarkan serta mengecam Nabi Muhammad yang dianggap paling mulia dalam Islam dan mengaitkan Islam dengan keganasan telah melangkaui batas hak tersebut.
"Tindakan tersebut bersifat provokatif dan tidak menghormati agama Islam serta lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Hishammuddin berkata demikian susulan tindak balas dan kemarahan dunia Islam terhadap kenyataan terbuka Presiden Perancis Emmanuel Macron mengenai hak untuk menyiarkan karikatur Nabi Muhammad yang dianggap sebagai menghina Islam.
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis
Kenyataan Macron minggu lalu dibuat sebagai respons kepada pembunuhan seorang guru, Samuel Paty, di luar sekolahnya yang terletak di pinggir bandar Paris awal bulan ini, selepas beliau menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.
Guru itu menjadi sasaran kempen kebencian dalam talian berhubung pemilihan bahan pengajaran iaitu gambar sama yang mencetuskan serangan berdarah oleh lelaki bersenjata di pejabat majalah satira Charlie Hebdo pada 2015.
Hishammuddin berkata sebagai negara Islam yang demokratik dan sederhana dengan masyarakat berbilang etnik serta agama, Malaysia akan terus memperjuangkan dan mengekalkan hubungan damai serta harmoni bukan sahaja sesama rakyat tetapi juga dalam konteks masyarakat global yang majmuk.
"Malaysia akan terus bekerjasama dengan komuniti antarabangsa demi meningkatkan amalan saling menghormati antara setiap agama serta mencegah ekstremisme agama di semua peringkat," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia memboikot produk keluaran negara Perancis.
Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata ABIM melahirkan rasa kekecewaan atas kenyataan Macron "yang telah membuat dakwaan berunsur Islamofobia dengan berselindung di bawah kebebasan bersuara".
"ABIM sebagai sebuah pertubuhan yang mempromosikan keharmonian beragama, mengecam pembunuhan kejam ke atas Samuel Paty dan dalam pada masa yang sama, mengkritik sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden Perancis tersebut.
"Sesungguhnya, ABIM percaya bahawa sensitiviti keagamaan seharusnya dihormati di mana kepelbagaian agama seharusnya membawa kepada keharmonian dan perpaduan dan bukannya menimbulkan konflik sesama manusia," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020

Warga Palestin membakar bendera Perancis dan poster Emmanuel Macron ketika mengadakan protes terhadap karikatur Nabi Muhammad di Ramallah, Tebing Barat, 27 Okt, 2020. (Foto AP)

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.

Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.

Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA
Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022.

Jambatan ikonik Tasik Kenyir jadi tarikan baharu di Terengganu
Jambatan itu adalah sebahagian daripada komponen projek pembangunan pusat bebas cukai di tasik tersebut.

Politik | Jabatan Pilihan Raya PN bentuk struktur Pilihan Raya negeri
Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional memutuskan akan segera membentuk struktur Pilihan Raya di peringkat negeri. Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui ciapan di laman media sosial Twitter miliknya, pada Khamis.

Persidangan Parlimen | Azalina Othman junjung kasih titah Agong
Menerusi ciapan di Twitter, Azalina merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sentiasa menjadi pelindung rakyat dan penjaga perlembagaan negara.

Mahkamah Persekutuan | Mengetepikan undang-undang Syariah Selangor
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara membenarkan permohonan seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dicabar. Keputusan itu sekali gus mengetepikan Undang-Undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Tindakan Disiplin | Tun Faisal tuntut 3 syarat
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz menuntut tiga perkara kepada Tribunal Lembaga Disiplin UMNO sebelum beliau diarahakan untuk menghadiri sesi berkenaan. Permintaan berkenaan jelasnya bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus.

Sidang Parlimen: Tumpu isu kepentingan rakyat - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen perlu meletakkan isu kepentingan rakyat, pemulihan ekonomi, pelan vaksin dan bersidang dalam mood bersama untuk memastikan negara berada kembali ke landasan yang sepatutnya.

Video Tular | Polis buru suspek dakwa murtadkan isteri
Polis Johor sedang memburu lelaki yang mendakwa telah memurtadkan isterinya melalui video tular di media sosial minggu lalu. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchya, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan bapa dan kakak kepada lelaki tersebut.

Vaksin COVID-19: Jerman tingkat akses vaksin kepada negara miskin
Canselornya Angela Merkel menegaskan, pada waktu sukar ini, ketibaan bekalan vaksin adalah lebih kritikal berbanding wang.

Dewan Perwakilan Perancis lulus undang-undang kekang pelampau agama
Sejumlah 347 menyokong rang undang-undang berkenaan, sementara 151 lagi membantah dan 65 berkecuali.

COVID-19: Presiden Perancis pertahan keputusan tidak 'lockdown' walau gelombang ketiga melanda
Macron mahu menangani gelobang ketiga pandemik itu dengan tidak terlalu mengenakan larangan yang ketat.

Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
Macron memberi jaminan itu selepas kerajaannya berikrar untuk memperketatkan undang-undang rogol terhadap kanak-kanak.

COVID-19: Biarpun stabil, Macron masih alami gejala
Pemimpin berusia 43 tahun itu diuji positif virus tersebut pada Khamis dan mengasingkan diri di La Lanterne, berhampiran Istana Versailles.

Emmanuel Macron muncul dalam persidangan maya selepas diuji positif COVID-19
Beliau memberi ucapan secara langsung bagi satu persidangan bantuan nasional dalam mesyuarat Kementerian Luar Negeri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, positif COVID-19
Pemeriksaan ke atasnya dibuat selepas Macron menunjukkan simptom-simptom awal bagi jangkitan itu.

Perancis fikir hina orang, agama lain hak asasi manusia - Dr Mahathir
Perancis berpendapat bahawa memprovokasi, menghina orang lain adalah hak asasi manusia namun ia bukanlah sebegitu.

Sekatan di Perancis berakhir, orang ramai mula keluar seperti biasa
Selepas beberapa hari dikenakan perintah sekatan akibat peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, rakyat Perancis kembali menjalani hidup seperti biasa.