REMBAU: Malaysia kecewa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata usaha itu adalah percubaan kesembilan dilakukan Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh dua bulan bagi membebaskan rakyat Palestin pulang ke tanah air mereka.
"Resolusi dicadangkan Amerika Syarikat (AS) tidak dipersetujui oleh Rusia dan China kerana terdapat beberapa perkara tidak menyentuh secara menyeluruh. Amerika Syarikat menggunakan kesempatan ini untuk menggelar Hamas sebagai pengganas.
"Malaysia tidak bersetuju Hamas digelar sebagai pengganas dan resolusi itu juga tidak menyebut bahawa rakyat Palestin dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka sebaliknya menyebut bahawa tebusan daripada Hamas perlu dikembalikan kepada Israel," katanya kepada pemberita.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Ramadan kepada penerima bantuan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Siliau di Masjid Kariah Kampung Siliau di sini hari ini.
Mohamad berkata Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sidang tergempar untuk mencapai kata sepakat bagi isu tersebut.
Menurutnya Malaysia membawa suara tegas dan menyeru supaya pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak khususnya dihentikan serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang media selepas menyampaikan Bantuan Bakul Makanan sempena Ramadan di Masjid Kariah Kampung Siliau, Rantau hari ini. - Foto Bernama
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Resolusi gencatan senjata: AS perlu atasi Israel, hormati kehendak masyarakat antarabangsa - PM Anwar
Resolusi itu perlu dikuatkuasakan sekarang dengan mengambil kira bulan Ramadan yang bertujuan melahirkan renungan dan pembaharuan iman.
Dunia sambut baik resolusi UNSC tuntut gencatan senjata di Gaza
Israel kritik anggota Majlis Keselamatan PBB yang didakwa sepatutnya mengundi menentang resolusi yang tidak tahu malu.
Israel batal lawatan ke Washington selepas AS benarkan resolusi gencatan senjata PBB di Gaza diluluskan
Ketegangan antara Amerika dan Israel semakin terserlah susulan keputusan AS untuk berkecuali dalam meluluskan resolusi gencatan senjata.
Gencatan senjata di Gaza: Malaysia sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB
Malaysia sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung gencatan senjata serta-merta di Gaza, pada Isnin.
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
14 terbunuh, 108 cedera dalam serangan Ukraine ke atas bandar Belgorod, Rusia
Kementerian Pertahanan Rusia berkata Ukraine menggunakan dua peluru berpandu jenis Olkha dan pelancar roket Vampire.
Undian Majlis Keselamatan PBB mengenai bantuan kemanusiaan Gaza ditangguh
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menangguhkan buat kali keempat undian mengenai draf resolusi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.