awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal konsisten lindungi kedaulatan di Laut China Selatan - PM Anwar

Bernama
Bernama
10/08/2023
07:03 MYT
Malaysia kekal konsisten lindungi kedaulatan di Laut China Selatan - PM Anwar
Anwar ketika menyampaikan ucap tama pada persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa konsisten dalam melindungi kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingannya di zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kami berbuat demikian tanpa goyah, dalam menghadapi segala cabaran dan tuntutan yang sah.
"Di Laut China Selatan, kita melihat unsur-unsur persaingan kuasa besar meresap ke dalam pertikaian wilayah, secara sengaja atau sebaliknya...
"Bagi pihak Malaysia, kami sentiasa menyokong penyelesaian secara aman dan konstruktif semua pertikaian, mengikut norma dan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 mengenai Undang-undang Laut.
"Ketenteraan berterusan di wilayah maritim ditambah pula dengan penggunaan taktik zon kelabu untuk mengukuhkan tuntutan dan menghalang eksploitasi sumber yang sah adalah suatu yang tidak aman," kata beliau.
Anwar berkata demikian dalam ucap tamanya pada persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Anwar berkata Malaysia perlu terus memanfaatkan hubungan baiknya dengan China dan Amerika Syarikat bagi menggalakkan peraturan berasaskan aturan dan norma yang lebih kukuh.
Beliau berkata peraturan itu tidak berdasarkan kekuatan atau kecenderungan untuk mengabaikan peraturan dan norma yang diuar-uarkan apabila ia menyusahkan dan tidak kondusif.
"Semua harus dilayan dengan cara yang sama.... Jadi, ia mestilah yang berdasarkan keadilan, rasa hormat dan persefahaman, belas kasihan dan undang-undang antarabangsa.
Semasa ditemui media kemudiannya, Anwar berkata beliau dijadualkan bertemu Menteri Luar China Wang Yi di Pulau Pinang esok.
"Kami akan membincangkan isu dua hala, perdagangan dan juga beberapa isu berkaitan kedua-dua negara dari segi hubungan dua hala.
"Kita mempunyai hubungan yang erat sekarang, dan saya mahu meningkatkannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Laut China Selatan
#Zon Ekonomi Eksklusif
#persaingan kuasa besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan