awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal sebagai anggota aktif PBB - Wisma Putra

Bernama
Bernama
23/10/2017
23:33 MYT
Malaysia kekal sebagai anggota aktif PBB - Wisma Putra
Dari segi keamanan dan keselamatan, Malaysia menyokong peranan utama PBB dalam mengekal keamanan dan keselamatan antarabangsa, kata Kementerian. Kelihatan ibu pejabat PBB di New York. fotoBERNAMA / Fail
Sejak menjadi anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mulai 1957, Malaysia sentiasa menjadi anggota aktif dalam mempromosi tiga tonggak organisasi antara kerajaan iaitu keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia dan pembangunan, kata Kementerian Luar.
Ia berkata sebagai tambahan dalam memenuhi komitmen dan tanggungjawab antarabangsa di bawah rangka kerja PBB, Malaysia turut memainkan peranan berkesan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada 1965, 1989-1990, 1999-2000 dan 2015-2016.
Kementerian Luar berkata Malaysia kekal komited dalam menyokong dan melaksana Agenda Matlamat Pembangunan Lestari 2030 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
"Tiga komponen SDG itu ialah pertumbuhan ekonomi, keperluan sosial dan perlindungan alam sekitar adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas.
"Pada Julai tahun ini, Malaysia membentangkan Kajian Sukarela Nasional (VNR) di Forum Politik Peringkat Tinggi mengenai SDG di New York. VNR yang melapor tindakan dan langkah yang diambil Malaysia bagi memajukan pelaksanaan SDG membuktikan komitmen berterusan Malaysia bagi mencapai Agenda 2030," kata Kementerian dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari PBB pada Isnin.
Dari segi keamanan dan keselamatan, Malaysia menyokong peranan utama PBB dalam mengekal keamanan dan keselamatan antarabangsa, kata Kementerian.
"Pada September tahun ini, Malaysia menandatangani Perjanjian Pengharaman Senjata Nuklear di New York. Ia menggambarkan komitmen dan sokongan Malaysia kepada prinsip umum dan pelucutan sepenuhnya serta langkah ke arah mencapai matlamat dunia yang bebas senjata nuklear.
"Malaysia turut mengambil bahagian aktif dalam misi pengaman sejak 1960. Sehingga kini Malaysia menyertai 36 misi pengaman dengan menghantar 35,000 anggota tentera dan polis," katanya.
Kementerian berkata Malaysia akan terus menjuarai bagi mempromosi kesederhanaan dan merapatkan jurang perbezaan dan menyelesaikan pertikaian selain membanteras keganasan ekstrem dan radikalan di PBB.
"Malaysia sedang berusaha untuk membawa Resolusi Kesederhanaan pada Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-27," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agenda Matlamat Pembangunan Lestari
#anggota aktif
#hak asasi manusia
#keamanan
#Kementerian Luar
#keselamatan
#Malaysia
#PBB
#pembangunan
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
#Resolusi Kesederhanaan
#UN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan