PUTRAJAYA: Malaysia dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk mengkaji dan menilai kemajuan kerjasama bilateral kedua-dua negara dalam sektor penting menerusi Suruhanjaya Bersama untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Menteri Luar kedua-dua negara telah diarah untuk menetapkan tarikh mesyuarat suruhanjaya berkenaan lebih awal daripada perancangan.
Anwar menjelaskan JCBC akan memperluaskan skop kerjasama untuk memasukkan sektor baharu yang menawarkan faedah bersama.
“Isu seperti keterjaminan makanan, kerjasama penyelidikan, pelaburan, industri halal, tenaga boleh diperbaharui serta industri berteknologi tinggi.
"Ia termasuk kenderaan elektrik (EV) dan kepintaran buatan (AI) akan dibincang dan diterokai bersama ,” katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet sempena lawatan rasmi sehari rakan sejawatnya itu ke Malaysia, pada Selasa.
Beliau juga menjelaskan, Jabatan Kastam kedua-dua negara akan memudahkan pergerakan barangan dan perbincangan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung perkara itu telah dimulakan.
Sementara itu Hun Manet menjelaskan masih banyak peluang ekonomi antara kedua-negara yang boleh diterokai.
"Dagangan dua hala antara Malaysia dan Kemboja menunjukkan hasil yang baik dan terdapat beberapa potensi yang belum diterokai.
"Untuk merancakkan lagi kerjasama ekonomi, kami menggariskan peranan aktif sektor swasta kami bagi merancakkan lagi kerjasama ekonomi dan inisiatif pembangunan," katanya.
Beliau turut menghargai peranan aktif yang dimainkan Malaysia dalam proses damai di Kemboja pada awal 90-an.
Terdahulu, Hun Manet tiba di Bangunan Perdana Putra di sini yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, disambut oleh Anwar pada kira-kira jam 10.15 pagi.
Sebaik tiba beliau diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini dan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, sebelum Hun Manet dibawa memeriksa Kawalan Kehormatan Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Irwan Muhammad Zain
Tue Feb 27 2024
Anwar bersama Hun Manet di perkarangan Bangunan Perdana Putra hari ini sempena lawatan rasmi sehari Perdana Menteri Kemboja itu ke Malaysia. - Gambar/ Bernama
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
AI di Malaysia perlu terap keilmuan turath Islam - PM Anwar
Anwar berkata ilmu yang terkandung di dalam teknologi AI ketika ini berdasarkan bahan daripada barat, kerana teknologi itu dibangunkan oleh mereka.
Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri tegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap pihak-pihak tertentu yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.
Baucar buku boleh didapati di aplikasi DELIMa hari ini - KPM
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa semua murid dan pelajar boleh mula mengakses aplikasi tersebut bagi tujuan berkenaan.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.