KUALA LUMPUR: Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), komited untuk mencapai Agenda Pembangunan Lestari 2030 melalui Kesatuan Pos Sedunia (UPU) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bagi membina masa depan yang lestari demi kesejahteraan sejagat.
Menerusi kenyataan hari ini KKMM memaklumkan, komitmen itu diterjemah melalui usaha kerajaan Malaysia untuk mempertahankan kerusi Council of Administration (CA), serta turut bertanding bagi kerusi Postal Operations Council (POC), Universal Postal Union penggal 2022-2025.
"Justeru, Malaysia menegaskan kembali komitmennya untuk menyokong secara aktif matlamat dan objektif UPU, serta bersedia berkhidmat dalam UPU bagi penggal akan datang sekiranya berjaya dipilih sebagai ahli dalam CA dan POC kelak," menurut kenyataan KKMM.
Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKMM Ma. Sivanesan, yang mewakili Malaysia dalam ucapannya pada Persidangan Peringkat Menteri pada 10 Ogos sempena Kongres ke-27 UPU, menyatakan kesediaan negara membangunkan sistem pos antarabangsa pasca pandemik COVID-19.
Kongres ke-27 UPU itu bermula 9 hingga 27 Ogos dan dihoskan Abidjan, Cote D'Ivore.
Menurut kenyataan itu, dalam menangani COVID-19 kerajaan mengambil pendekatan seimbang antara dua komponen utama iaitu kehidupan dan kelangsungan hidup, memandangkan kedua-duanya merupakan fokus penting serta menjadi sebahagian daripada rantaian global.
Kenyataan KKMM itu menyatakan, semua pihak perlu membangunkan momentum dalam dunia pasca pandemik dengan visi yang jelas, untuk menarik minat pelabur ke dalam sektor itu iaitu dengan membina rangkaian sistem pos antarabangsa yang mampan.
"Ini akan lebih memudahkan ekosistem pengiriman surat dan bungkusan abad ke-21, dengan UPU sebagai 'global orchestrator' bagi merealisasikan hasrat ini.
"Kesesuaian UPU dalam ekonomi digital baharu harus diperluaskan melalui strategi yang bersesuaian dengan dasar, peraturan dan piawaian pos antarabangsa yang akan membina semula sistem pos antarabangsa," menurut kenyataan KKMM itu lagi.
Kenyataan itu menyatakan, sekiranya peluang itu dimanfaatkan ia bukan sahaja dapat mengukuhkan rangkaian UPU, tetapi juga membuka peluang baharu untuk pelbagai pihak, selain perlu memperkasakan penguasaan data, kecerdasan buatan dan inovasi, untuk membawa sistem pos ke era digitalisasi global.
Menurut kenyataan itu, Malaysia memainkan peranan aktif selama tiga penggal sejak menjadi anggota UPU pada 1958, iaitu masing-masing dalam CA dan POC, dan terlibat dalam Jawatankuasa Kerja Utama melibatkan kewangan, sumber manusia dan tadbir urus.
Malaysia turut memuji usaha UPU dalam mengembangkan Strategi Pos Abidjan, yang akan menentukan arah dan masa depan UPU dalam tempoh empat tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
M.Sivanesan menyatakan kesediaan negara membangunkan sistem pos antarabangsa pasca pandemik COVID-19. - Gambar fail
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.
KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.
'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.
K-KOMM akan angkat industri kreatif kepada kedudukan lebih baik - Annuar
Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif.